in

“Iron untuk gosok baju” – [VIDEO] Bapa Terkilan ‘Ultras’ UKM Menganjing UPNM Sampai Kait Arwah Zulfarhan

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian arwah Zulfarhan akibat dibuli ternyata telah meninggalkan kesan kepada ramai orang di Malaysia yang turut bersedih dengan pemergian tragiknya.

Namun begitu, baru-baru ini telah tular satu video dipercayai berlaku semasa perlawanan bola Final Liga IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menentang pasukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Dalam video tular itu, dapat dilihat penyokong yang terdiri daripada pelajar serta pegawai UKM telah melaungkan sorakan dengan “menganjing” pasukan UPNM sehingga menyentuh tentang kematian arwah Zulfarhan.

Iron untuk gosok baju.”

Tindakan tidak sensitif dari pihak UKM ini jelasnya telah mengundang kemarahan orang ramai yang merasakan mereka tidak patut mempergunakan kematian arwah Zulfarhan sebagai bahan sorakan.

Bukan itu sahaja, melalui temubual bersama Majoriti, bapa Pegawai Kadet Laut itu, Zulkarnain Idris turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan penyokong UKM kerana mengaitkan kes kematian anaknya yang meninggal selepas ditekap dengan seterika.

07Lapoe.transformed

Pegawai-pegawai ini sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar tapi mereka yang sama-sama ‘naik menganjing’ lagu itu.

“Jujur, saya memang kecil hati dengan lagu yang mereka tujukan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Isu ini sensitif dan sepatutnya pegawai ini peka dengan perkara tersebut.

“Bagi saya mereka tidak menghormati kami sebagai keluarga arwah dan kalau boleh saya minta janganlah buat macam ini.

“Anak saya meninggal dengan keadaan yang tragis. Sudah tentu saya kecewa apabila kematian dia dijadikan bahan provokasi.”

Zulkarnain juga turut menegur sikap pegawai hal ehwal pelajar yang turut sama join sorakan tersebut supaya lebih peka dan sensitif.

Sepatutnya pegawai UKM yang bertugas sebagai pegawai hal ehwal pelajar lebih sensitif dan lebih peka tentang hal ini.

“Rasanya mereka (pegawai) ini tahu tentang kes anak saya, kalau pelajar saya faham, mereka muda dan mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa kerana kes anak saya pun dah lama berlaku.

“Mereka orang lama dan sepatutnya mereka tegas. Jangan nyanyi lagu itu dan patut halang pelajar membuat perkara tersebut.”

Bapa ini juga turut meminta agar perkara ini tidak lagi diulangi dan dibangkitkan lagi serta turut menjadikan perkara ini sebagai pengajaran.

 

Baca: “Sanggup bayar 6, 7 ribu untuk anak saya hidup” – Temubual Bersama Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Buat Netizen Sebak

Page1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.