in

“Intonasi suara dia fuh” -Netizen Puji Cara Helmi ‘Lembutkan’ Hati Mak Leha Dalam 7 Hari Mencintaiku 2

J

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang minggu ini memang hangat drama 7 Hari Mencintaiku 2 di Slot Akasia TV3 sehingga menjadi topik perbualan netizen.



Ada sahaja klip-klip video dalam babak drama tersebut dikongsikan di laman media sosial sehingga mengganggu emosi penonton. Mana taknya, sekejap romantik, sekejap bergaduh, sekejap sedih.

6

Untuk kali ini, giliran watak Helmi pula menjadi highlight apabila pada episod ke-27 Jumaat lalu, dia telah memberanikan diri bersemuka dengan Mak Leha untuk berterus terang tentang perasaannya tatkala Mak Leha ingin menjodohkan Helmi dengan Rafidah.

Tindakan Mak Leha ini tidak lain tidak bukan berikutan isteri Helmi, Sofie yang masih belum mengandung. Mak Leha ni memang nak cucu je ke?

Dalam ucapan Helmi, dengan nada yang sopan dia menyebut bahawa dia tetap bahagia disamping Sofie walaupun tidak dikurniakan cahaya mata. Tambah Helmi, dia mengharap agar Mak Leha sentiasa bersyukur dan mengenang budi seseorang yang sudi menerima Helmi seadanya.

Kesan daripada babak tersebut, pelbagai respon yang dikongsikan di laman media sosial. Rata-rata memuji tindakan Helmi dan menanggap sifat Helmi perlu dicontohi oleh suami di luar sana dalam menjaga hati isteri mereka.

3 4 4 1 8 2

 

Baca: “Muka acah alim!” Ramai Bengang Dengan Watak Nurul Dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Tapi Siapa Nurul Real Life

K

Sumber: YouTube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.