in

Instagram Perkenal Fungsi Terbaru, Pengguna Lebih 10K Pengikut Boleh Jana Pendapatan Melalui ‘Live’

Instagram Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Instagram baru-baru ini mengumumkan fungsi terbaru yang membolehkan mereka ‘menjana pendapatan’ melalui fungsi penstriman secara langsung melalui aplikasi berkenaan iaitu Live.

Menurut pengumuman berkenaan, manfaat ini diberikan kepada semua pengguna aplikasi mereka yang mempunyai pengikut 10 ribu dan keatas dan pada peringkat permulaan ini, ia hanya melibatkan pengguna di Amerika Syarikat sahaja.


Difahamkan, fungsi tersebut sebenarnya telah diuji sejak Oktober lagi sebelum diperluaskan kepada 50,000 pengguna yang lain menurut laporan Hypebeast.

Screenshot 4

Menerusi pengumuman rasmi Instagram, pembikin konten boleh ‘menerima bayaran’ melalui lencana yang boleh dibeli dan diberikan oleh peminat atau penonton acara live dengan nilai USD $0.99, $1.99 dan $4.99 (RM4.19, RM8.31 dan RM20.83).

Dengan pembelian lencana tersebut, pembeli akan menerima ucapan penghargaan khas selain komen dan soalan yang dikemukakan kepada pembikin konten akan lebih mudah dilihat.

Screenshot 5

Bagi mendapatkan atau menggunakan fungsi ini, pengguna atau pemilik akaun Instagram perlu memastikan bahawa semua kriteria yang diperlukan dipenuhi. Antaranya, perlu melebihi 18 tahun, mempunyai lebih 10,000 pengikut dan juga memastikan akaun mereka adalah akaun creator atau akaun perniagaan (business).

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram dari seluruh dunia turut bertanyakan status fungsi ini dan bila akan diperluaskan ke rantau lain, namun masih belum ada jawapan daripada pihak Instagram.

ig live income

Moga pihak Instagram turut meluaskan lagi fungsi ini kepada semua pengguna lah, setidaknya kita dekat Malaysia ni pun boleh tumpang ‘buat duit’ dengan Instagram kan?

Baca : “Followers IG minimum 8K” – Universiti di Indonesia Tawar Kursus ‘Influencer’, Siapa Nak Jadi ‘Content Creator’ Boleh Cuba

Screenshot 6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.