in

Instafamous Dipenjara Sehari & Denda RM400 Sebab Mencuri Dekat Pasaraya

Ft Instafamous Ditangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana mencuri barang dekat pasar raya yang harga keseluruhannya RM108.18, instafamous kena penjara sehari dan didenda RM 400 oleh Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap pempengaruh Rumaisyah Yahya, 31 yang mengaku bersalah mencuri.


Artikel Berkaitan : Andrew Tate & Abangnya Ditahan Di Romania Atas Dakwaan Penyeludupan Manusia

Artikel Berkaitan : Pempengaruh Indonesia Baca Bismillah Sebelum Jamah Kulit Babi Dipenjara Sebab Persenda Islam

Antara barangan yang dicuri adalah pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju di sebuah pasar raya di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pertuduhan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, bagi kesalahan kedua, tertuduh boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.