Korang yang ada akaun TikTok tu kan pernah tak nak try dance challenge atau benda-benda trending kat situ? Kalau ada mesti korang tengok tutorial step tarian dulu kan baru buat challenge tu.
Tapi yang menjadi masalahnya kadang-kadang kita nak follow tutorial pun tak lepas sebab susah! Ada yang laju sangat lah, ada yang terlalu complicated lah, ataupun yang terlalu banyak sangat step dia. At last kita tak buat pun challenge tu.
Tapi korang jangan risau, abang ni ada share satu tutorial untuk satu challenge TikTok yang tengah viral sekarang ni. Yang paling penting, tutorial dia ‘tersangat’ lah senang dan kita semua confirm boleh ikut!
Video dance tutorial berdurasi 15 saat ini dikongsikan oleh saudara @amet.amer di akaun TikTok miliknya dengan lagu ‘Caught A Vibe’. Apa yang menarik perhatian penonton ialah perkataan yang digunakan abang ni sangat lah kelakar!
“Menggelupur! 1st dose! Menggelupur!”- Amet.amer
Gayanya yang bersungguh tunjuk step tarian itu pun dah cukup menghiburkan! Jika dilihat di bahagian komen post ini, ramai yang kata step yang dikongsikan ini sangat senang dan mereka nak join the trend! Kemahen!
Rupa-rupanya, jejaka asal daripada Pulau Pinang ini bukan sahaja kongsi satu video tutorial, tetapi memang kebanyakan posting di TikToknya itu adalah dance tutorial yang sering viral! Macam-macam dance tutorial ada!
Sesiapa yang nak try dance challenge dekat TikTok tapi belum jumpa tutorial yang senang, boleh try usyar TikTok abang amet.amer ni. Confirm lepastu jadi TikToker berjaya!
Baca: Dance paling legend ni!- Penghantar Kurier Shuffle Tak Ingat Dunia, Jadi Hiburan Di Tempat Kerja