Sebelum ini, selebriti media sosial Aisar Khaledd teruk dikecam netizen selepas dia muat naik video melawat pusara Allahyarham Siti Sarah dan dikatakan menawarkan wang bernilai RM100 untuk penonton bertuah.
Netizen menganggap tindakan YouTuber ini seolah-olah tak menjaga sensitiviti keluarga arwah Siti Sarah yang masih lagi bersedih dengan pemergian mengejut itu.
Walaupun Aisar sendiri telah meminta maaf serta menurunkan video tersebut, netizen masih lagi terus mengecamnya serta beberapa rakan artis turut memberikan teguran mengenai isu ini.
Minta maaf kepada Shuib
Semalam menerusi Instagram peribadinya, Aisar telah memuat naik tangkap layar dia memohon maaf kepada suami arwah Siti Sarah, Shuib melalui DM di Instagram.
Akui kesalahannya, Aisar juga turut meminta maaf secara terbuka di Instagram serta memberitahu yang dia telah pun belajar dari kesilapannya.
Kata Aisar, selepas ini dia berjanji untuk lebih berjaga-jaga sebelum membuat content dan tak akan memandang sebelah mata.
Aisar juga turut memesan kepada netizen untuk berhenti mengungkit mengenai isu yang tak benar kerana dia melihat ramai netizen suka menokok tambah cerita.
Saya tidak mahu isu ini menjadi berlebih-lebihan. Oleh itu, saya aisar khaledd menyerahkan 10 Jari untuk meminta maaf sangat-sangat kepada Abang shuib sekeluarga & arwah kak siti sarah sendiri dan seluruh rakyat malaysia.”
https://www.instagram.com/p/CSbkBHEhdO5/
YouTuber ini juga turut mengakui bahawa isu ini merupakan pengajaran serta ujian terbesar yang pernah berlaku dalam hidupnya dan sanggup menerima keadaan ini seadanya.
Ketika artikel ini ditulis, Shuib masih belum memberikan responnya ke atas permohonan maaf peribadi yang telah dibuat oleh Aisar.
Baca: Sharnaaz Ahmad Beri ‘Pesanan’ Pada YouTuber Melawat Pusara Siti Sarah Untuk ‘Content’