in

“Ini overreacting” – Syed Saddiq Persoal Tindakan Polis Tahan Dua Pelajar Maki Soalan SPM

Syed Saddiq Pelajar Maki Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis telah menahan dua pelajar lelaki Tingkatan Lima susulan daripada video tular memaki hamun kerana tidak berpuas hati dengan soalan kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, penahanan ke atas dua remaja terbabit dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada guru sekolah tersebut.


Tindakan polis melakukan serbuan, penahanan dan ujian saringan air kencing bagaimanapun dianggap keterlaluan, menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau mempersoal tindakan pihak berkuasa yang menahan dan menggeledah rumah dua pelajar terbabit.

“Saya rasa tindakan ini overreacting” ciapnya menerusi akaun rasmi Twitter.

Syed Saddiq juga berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua pelajar itu yang mengeluarkan kata-kata kesat, namun merasakan tidak perlu menggunakan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau merasakan pelajar-pelajar ini lebih baik dididik daripada memberi hukuman sebegitu.

Begitu juga dengan pandangan sebuah badan NGO, Lawyers for Liberty yang menganggap tindakan yang dikenakan ke atas pelajar terbabit boleh mendatangkan trauma melampau kepada mereka dan pelajar.

“Tahan pelajar ikut prosedur undang-undang”

Polis mengeluarkan kenyataan penahanan tersebut dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, walaupun pihaknya mendapat perintah reman dua hari namun kedua-dua pelajar terbabit telah diberi jaminan lebih awal setelah berpuas hati dengan siasatan.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1629826363107741696?s=20

Tindakan lanjut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor untuk nasihat serta pandangan.

Baca: Maki Pembuat Kertas Soalan Sejarah SPM, Pelajar Akhirnya Ditangkap Polis

Sejarah Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.