in

“Ini mungkin kali terakhir anda lihat saya hidup” – Presiden Ukraine Turun Padang Untuk Pertahankan Negara

1Ukr E1645934488429

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha mempertahankan kedaulatan negaranya, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sanggup turun padang bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia.


20210605 Eup002 0

Memetik laporan dari Daily Mail UK, Zelensky sempat merakam dirinya bersama barisan pemimpin tertinggi Ukraine di luar bangunan presiden di ibu negara Ukraine, Kyiv.

Kami semua disini, tentera kita ada disini, rakyat ada disini. Kami semua disini mempertahankan kemerdekaan kami, negara kami, dan ia akan kekal seperti ini”

Rakaman itu dimuat naik selepas khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggalkan Kyiv dan ke tempat yang lebih selamat untuk berlindung. Zelensky juga sempat mengingatkan pemimpin Eropah, “ini mungkin kali terakhir anda lihat saya hidup”. Perkara itu disampaikan olehnya setelah Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa pasukan khas mereka sedang memburu Zelensky.

Screenshot 2022 02 26 At 10.56.11 Am

Tambah Zelensky lagi, beliau kini adalah sasaran nombor satu Kremlin di Kyiv, diikuti isteri dan anak-anaknya. Berdasarkan maklumat yang diterima Presiden Ukraine itu, Rusia mahu menghancurkan politik Ukraine dengan memusnahkan ketua negara terlebih dahulu.

Korang boleh tengok rakaman Zelensky di Bangunan Presiden Ukraine di bawah atau klik SINI.

Screenshot 2022 02 26 At 12.11.38 Pm

 

 

Baca: Perang Rusia-Ukraine: NATO Kerah Pasukan Tindak Balas Perkukuh Pertahanan Ukraine

2Nato

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.