Tart nanas adalah kuih raya yang ‘evergreen’ dan sering dicari walaupun bukan dalam musim perayaan. Ada juga yang membelinya untuk dijadikan kudapan.
Jika sebelum ini, kita biasa mendengar cerita peniaga kurang jujur menjual karipap berinti oksigen dimana kuih tersebut sepatutnya mempunyai inti seperti daging, kentang atau ayam tetapi ia kosong atau ada sedikit sahaja inti.
“Nanas nya mana? Terkejut saya!”
Itulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Singapura ini, dia membeli beberapa balang tart nanas tetapi intinya tiada dan dia hanya dapat tart yang kosong.
@yumiayummi Nenas nya manaa. Terkejut saya ?
Difahamkan, gadis tersebut membeli biskut yang selalu dimakan pada hari Raya itu dengan harga SGD 22 (RM 68) sebalang.
Menerusi klip video yang dikongsi pengguna dikenali sebagai @Yumi Ayumi, kelihatan beberapa lapisan tart yang berada di dalam sebuah botol itu juga hanya tart kosong dan tart yang mempunyai inti berada di bahagian paling atas sahaja.
“Mungkin macam produk Apple, inti beli asing”
Perkongsian itu setakat ini telah mendapat lebih 100k tontonan serta 400 komen, video pendek itu juga mencuit hati netizen walaupun ia sebenarnya agak memeritkan kepada pembeli itu.
Tidak kurang juga yang berpesan kepada wanita itu untuk memberitahu penjual kuih tart tersebut, berkemungkinan penjual itu terlepas pandang.
Aduh, penjual biskut raya janganlah buat gini. Kesian pembeli!
Baca: “Sos je meriah” – [VIDEO] Gadis Kecewa Beli Roti John Tapi Inti ‘Hilang’