Salute Team Malaysia!
Jaguh pecut paralimpik negara, Ridzuan Puzi telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan bukan saja mendapat pingat emas tetapi memecah rekod dunia menerusi acara pecut 100 meter. Yeay!
Menurut Berita Harian, Ridzuan yang juga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 telah menang acara kegemarannya dalam kelas T36 dengan mencatatkan 11.87 saat pada aksi sukan tu di Stadium Gelora Bung Karno.
Ini juga bermakna Ridzuan telah pecah rekod yang dipegang atlet Rusia, Evgenii Shvetcov 11.90 saat pada Kejuaraan Dunia 2013 di Lyon, Perancis. Wow!
Sukan Para Asia 2018 – TAHNIAH 👏 Jaguh pecut paralimpik negara, @pridzuan36 berjaya meraih pingat EMAS 🥇 acara 100m lelaki T-36 dengan catatan rekod baharu dunia 11.87s.#TeamMAS 🇲🇾#KamiLuarBiasa #MalaysiaBoleh pic.twitter.com/WQh6pvTjrZ
— TEAM MAS 🇲🇾🏅 (@myTeamMAS) October 9, 2018
Acara lompat jauh pecah rekod dunia juga!
Selain Ridzuan, Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh lakar sejarah negara apabila pecah rekod dunia miliknya dalam kategori T20 lepas lakukan catatan 7.64m untuk menangi pingat emas.
Anak jati Perlis ini sekaligus telah memadamkan rekod 7.60m yang dilakukannya ketika menangi emas di Rio dua tahun lalu dengan mengalahkan dua atlet Jepun, Kokubo Kanta dan Yamaguchi Mitsuo yang dapat pingat perak dan gangsa.
Secara keseluruhan, hingga setakat ni kontinjen negara kita telah berjaya mengumpul 6 emas dan 4 darinya daripada acara olahraga.
Tahniah Malaysia! Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan. Kita pasti boleh!