in

Ini Antara 10 Filem Tempatan Yang Mendapat Kutipan Terendah Di Pawagam, Ada Yang Korang Dah Tonton?

F1 Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan filem Melayu karya tempatan iaitu Mat Kilau telah mendapat kutipan sebanyak RM90 juta. Tahniah kepada semua kru-kru dan pelakon Mat Kilau!


Jadi, kali ini, kami nak kongsikan dengan anda semua 10 filem tempatan yang mendapat kutipan terendah di pawagam.

Perkongsian ini telah dikongsikan menerusi Twitter danialazizahmad baru-baru ini.

#1 Bella & Jamie (2019) 

Filam komedi lakonan Liyana Jasmay dan Juliana Evans ini mengisahkan tentang ibu Bella dan bapa Jamie yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

5

Ini menyebabkan kedua-dua gadis itu menjadi lebih rapat namun Bella kemudiannya mendapat tahu bahawa Jamie menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya sekali gus menjadikan persahabatan mereka goyah.

Filem ini hanya mendapat kutipan sebanyak RM9,186.50 walaupun ia memakan bajet sebanyak RM600,000.

#2 Papa’s Shoe (2015) 

Filem bahasa Mandarin karya anak tempatan ini mengisahkan tentang kisah dua beradik yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan setelah ditinggalkan oleh bapa mereka.

Ia berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8623.27 sepanjang ditayangkan di pawagam pada tahun 2015.

#3 Enjin No.9 

Filem ini pula menampilkan Tajul Arif dan Kazar sebagai pelakon utama dan ia merupakan sebuah filem dengan genre komedi.

Ia telah ditayangkan pada Mac 2018 namun hanya mampu mengutip kutipan sebanyak RM7566.17.

#4 Avana Nee (2015) 

Manakala filem Tamil tempatan yang bergenre komedi ini juga hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM7479.65 sepanjang penayangannya di panggung wayang.

Ia mengisahkan tentang Kumar yang lembut hati dan hanya dibenarkan untuk berkawan dengan budak perempuan sahaja oleh ayahnya.

4

Namun, dia tiba-tiba jatuh cinta dengan seorang perempuan bernama Rameshwara tapi cintanya ditolak.

Jadi, kawan-kawannya merancang untuk membantunya jadi lelaki macho agar cintanya tidak akan ditolak lagi.

#5 Spilt Gravy (2022) 

Walaupun filem ini telah menampilkan Rahim Razali sebagai pelakon utama, namun ia hanya mampu meraih sebanyak RM6209 sepanjang ditayangkan di pawagam pada awal tahun ini.

Plotnya tidak kurang menarik kerana ia menceritakan tentang Bapak yang semakin uzur. Dia meminta lima orang anaknya yang berlainan ibu untuk berkumpul dan berbincang tentang pewarisan harta setelah kematiannya nanti.

#6 Spy In Love (2017) 

Filem bergenre aksi ini pula hanya mampu berpuas hati dengan kutipan sebanyak RM4059 sahaja.

Ia telah ditayangkan di Malaysia dan juga di negara seberang di Indonesia.

#7 Hijabista Ballet (2017) 

Filem arahan Syed Zulkifli ini menceritakan tentang seorang balerina iaitu Adele yang tidak mahu akan memilih antara seni dan agama.

Jadi, dia memilih untuk memakai tudung meskipun berkecimpung dalam dunia balet.

Meskipun plotnya nampak menarik, namun ia hanya mampu mengaut keuntungan sebanyak RM13,000 sahaja.

#8 Qhaliq (2018) 

Filem aksi yang mengisahkan tentang bomba yang ditayangkan pada 2018 ini pula hanya mampu mendapat kutipan sekitar RM14,100 sahaja.

2

Ia telah dilakonkan oleh Hairul Azreen dan Nur Risteena.

#9 Mendidih Bro 

Telah ditayangkan di pawagam pada Ogos 2017, filem lakonan Azrel Ismail dan Julianna Evans ini hanya berjaya mengaut kutipan RM4090.84.

#10 Awang Gerudi 

Ditayangkan pada umum pada 2018, filem komedi yang dibintangi Zoey Rahman, Aprena Manrose dan Ika Nabella ini pula hanya mampu berpuas hati dengan kutipan di pawagam sebanyak RM1588.50.

3

Mesti korang terkejut kan tak ada pun filem Badang lakonan Aliff Syukri dalam senarai ini.

Ini kerana menurut Astro Awani, walaupun dikritik hebat, filem terbabit telah mendapat kutipan sebanyak RM74,148.67 selepas 14 hari ditayangkan pada 2018.

Kiranya walaupun kutipan filem Badan ni teruk, namun ada banyak lagi filem-filem tempatan lain yang lagi ‘sedih’ kutipannya.

Korang pernah tengok ke filem-filem yang kami senaraikan ni? 

Baca: Senarai 10 Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi, Mampukah Mat Kilau Pecah Rekod? 

1

Sumber: Iluminasi
Sumber: Cinema.com
Sumber: Iluminasi
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.