in

Ini 7 Pekerjaan Yang Boleh Buat Korang Gemuk

Page Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pekerjaan mempunyai risiko yang tersendiri termasuklah terhadap kesihatan. Biasanya pekerjaan yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi akan memberikan kesan kepada badan.


Tekanan luar biasa akan memberikan kesan yang buruk kepada badan kerana secara automatiknya badan akan merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol. Hormon kortisol akan membuatkan korang asyik nak makan jeSo, kami senaraikan 7 pekerjaan yang boleh buat korang gemuk.

 

1. Guru

Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan antara pekerjaan yang sangat stress. Yelah, nak melayan pelbagai kerenah students yang bukannya setakat sorang dua. Lepastu nak kena siap tanda buku atau kertas exam students yang penuh tulisan macam cacing kerawit. Stress tau! Itu belum kira kena melayan mak bapak lagi. Bila dah stress, mulalah mencari makanan untuk dimakan. Last-last, naiklah berat badan tu..

Guru2

 

2. Ahli IT

Bagi mereka yang bekerja dalam bidang teknologi, memang kerja mereka menghadap teknologi je lah dan tak bergerak ke mana-mana. Sekiranya mereka pakar dalam bahagian komputer, lagilah mereka kena duduk sahaja di depan komputer dan buat kerja sampailah selesai. Kerja dorang pulak bukan biasa-biasa je tapi sangat stress! Banyak kena berfikir. Sebab tulah ia memberi efek kepada tubuh badan mereka dan menyebabkan berat badan bertambah.

Giphy 8

 

3. Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam

Pekerja dalam bidang ini biasanya akan sibuk sentiasa dan perlu menghadiri pelbagai event yang sangat memenatkan dan adakalanya memberikan tekanan kepada mereka kerana kurang rehat. Jadual kerja mereka pun tak tetap dan ada masanya event yang dihadiri habis lewat malam dan keesokkan harinya mereka perlu bangun awal. Penat tuu! Bila dah macam ni, makan pun tak menentu dan akhirnya akan buat berat badan naik.

Giphy 1 2

 

4. Arkitek dan Pelukis

Kerja yang melibatkan seni ni biasanya fleksibel tetapi adakalanya masih perlu mengikut masa yang telah ditetapkan terutamanya jika terikat dengan kontrak. Orang seni ni ada masanya akan terlalu fokus menghasilkan masterpiece hingga terlupa untuk menjaga pemakanan mereka dan sekaligus boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Kerja 2
gambar hiasan

 

5. Saintis 

Saintis merupakan salah satu pekerjaan yang menggunakan daya pemikiran yang tinggi dan kurang pergerakan yang aktif. Pekerjaan yang melibatkan waktu kerja yang panjang serta memberi tekanan kepada mereka ini menyebabkan kebarangkalian untuk mengabaikan cara pemakanan yang sihat adalah tinggi. Kalau cara pemakanan tak dijaga dan tidak pula diikuti dengan senaman, memang mudah untuk naik berat badan.

Kerja3
gambar hiasan

 

6. Agen Pelancongan

Nampak kerja sebagai agen pelancongan macam mudah dan menyeronokkan tetapi hakikatnya kerja ini sangat memberi tekanan kerana banyak butiran yang perlu dikaji dan disemak. Itu belum lagi termasuk tekanan untuk mencapai sasaran jualan yang perlu dicapai kalau tak nak dimarahi bos. Bila dah stress dan hormon kortisol meningkat, selera nak makan pun makin tinggi.

Kerja5

 

7. Doktor

Kerjaya sebagai seorang doktor adalah antara pekerjaan yang sangat mencabar kerana melibatkan banyak nyawa. Dengan waktu kerja yang panjang, ia menyebabkan mereka terpaksa mengabaikan cara pemakanan sihat serta kurang mendapat rehat yang secukupnya. Ini menyumbang kepada sebab kenapa berat badan mereka bertambah.

Kerja6
gambar hiasan

Sememangnya setiap pekerjaan ada cabaran masing-masing yang tak mungkin orang lain faham. Namun begitu, diharapkan setiap orang cuba mencuri masa untuk makan secara sihat dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Kena start jaga kesihatan ni…

Baca: 8 Perangai Annoying Orang Malaysia Bila Nak Cari Kerja. Korang Macam Ni Tak?

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.