in

Ini 7 Ahli Parlimen Muslim Di UK Yang Bantah Usul Gencatan Senjata Di Gaza

collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Khamis lalu (16 November 2023), Parti Kebangsaan Scotland (SNP) telah mencadangkan usul di dalam parlimen United Kingdom yang menyeru agar kerajaan turut serta dengan masyarakat antarabangsa bagi mendesak Israel menghentikan pengeboman terhadap orang Palestin di Gaza.

Namun begitu, seramai 125 daripada 293 ahli Parlimen UK telah menolak usul yang dicadangkan ini dan lebih mengecewakan, daripada 19 ahli Parlimen yang beragama Islam, tujuh dari mereka turut serta dalam membantah usul tersebut.


Jadi, kalau korang nak tahu siapa ahli-ahli Parlimen beragama Islam yang telah tergamak menolak usul gencatan senjata yang dicadangkan oleh SNP ni korang boleh baca dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: “Mereka berhak hidup dengan aman” – Peperangan Di Palestin, Raja Permaisuri Agong Gesa Gencatan Senjata

Artikel berkaitan: “Mengapa dihalang kumpulan sokong Palestin” – PMX Bakal Berbincang Dengan Mufti Isu Konsert Coldplay

1. Sajid Javid (Parti Konservatif)

addbd.jpg

Kalau korang nak tahu, Sajid Javid yang merupakan individu Muslim pertama yang dilantik menjadi Menteri Kesihatan UK pada 2021 ini telah mengetuai senarai menolak usul gencatan senjata.

Javid yang lahir pada 5 Disember 1969 di Rochdale, Lancashire ini merupakan anak kepada pendatang Muslim dari Pakistan. Keluarganya merupakan petani ketika tinggal di Pakistan sebelum berhijrah ke UK pada tahun 1960-an dan bekerja sebagai pemandu bas.

Walaupun dilahirkan sebagai seorang Muslim dan dibesarkan dengan ajaran-ajaran Islam, Javid dikatakan tidak lagi mempraktikkan gaya hidup Islam serta terkenal dengan pandangannya yang pro-Israel.

Pada 10 Oktober lalu, Sajid telah memuat naik ciapan di Twitter menunjukkan sokongannya kepada Israel dengan berkata:

UK menyokong Israel ketika serangan ngeri ini sedang berlaku.

Dengan sokongan sekutu di seluruh dunia, bayang-bayang gelap ini akan berlalu dan pengganas kejam ini akan ditewaskan.”

2. Rushanara Ali (Parti Buruh)

Official portrait of Rushanara Ali MP crop 2

Rushanara Ali merupakan ahli Parlimen untuk Bethnal Green dan Bow sejak tahun 2010 dan ahli Parti Buruh. Dia juga merupakan orang Bangladesh pertama yang dilantik untuk menjadi ahli Parlimen UK.

Rushanara telah dilahirkan di Bishwanath, Syihet, Bangladesh sebelum berhijrah bersama keluarganya ke London ketika berusia 7 tahun.

Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Menteri Bayangan untuk Pelaburan dan Perniagaan Kecil ini sebelum ini telah menggesa gencatan senjata ke atas pengebomam yang berlaku di Gaza namun begitu, telah membuat keputusan untuk tidak mengundi ketika undian di Parlimen dijalankan.

Ekoran dari ini, beratus-ratus pelajar telah berarak ke pejabatnya mengkritik keputusan Rushanara yang memilih untuk tidak mengundi usul tersebut.

Tak cukup dengan itu, orang ramai juga turut berkumpul di luar pejabat kawasan pilihan rayanya di timur London sambil melaungkan “Runashara Ali, awak memang memalukan” bersama sepanduk dengan tulisan:

Bukan ahli Parlimen saya. Darah di tanganmu.”

Menjelaskan tindakannya, Renushara mengatakan bahawa dia telah lama menyokong gencatan senjata namun telah berkecuali daripada mengundi usul SNP tersebut kerana menurutnya, undian tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya gencatan senjata yang sangat diperlukan oleh orang-orang di Gaza.

Dia juga turut menyatakan persediaannya untuk meletak jawatan sekiranya itu yang dimahukan oleh pengundinya di Bethnal Green.

3. Saqib Bhatti (Parti Konservatif)

Portrait

Mohammad Saqib Bhatti yang merupakan ahli Parlimen untuk Meriden ini juga merupakan salah seorang yang telah mengundi untuk menolak usul gencatan senjata yang dicadangkan oleh SNP.

Saqib dilahirkan dan dibesarkan di Walsall, West Midlands, England di dalam keluarga pendatang dari Pakistan.

Bapanya, Younis Bhatti merupakan Setiausaha Agung Al-Shifa Eye Trust iaitu hospital mata yang memberikan rawatan kepada individu yang tidak berkemampuan.

Saqib sebelum ini pernah mengasaskan kumpulan Muslim untuk Britain yang berkempen agar UK meninggalkan EU ketika referendum Brexit. Dia berhujah bahawa dasar EU telah menentang pendatang dari Asia Selatan dan meninggalkan EU akan memudahkannya.

Saqib bagaimanapun tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai keputusannya untuk menolak usul gencatan senjata tersebut.

4. Rehman Chishti (Parti Konservatif)

s465 rehman chisthi

Seorang lagi ahli Parlimen UK yang telah mengundi untuk menolak usul gencatan senjata di Gaza adalah Atta-Ur-Rehman Chishti.

Dia merupakan anak kelahiran Pakistan. Bapanya, Abdul Rehman Chishti, telah dilantik sebagai Penasihat Persekutuan mengenai hal ehwal agama kepada Perdana Menteri Azad Kashmir pada tahun 1976 oleh Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan.

Abdul Rehman kemudiannya telah meninggalkan Pakistan pada 1978 untuk memegang jawatan sebagai Imam di UK. Rehman Chishti tidak pernah bertemu dengan bapanya semasa enam tahun pertama kehidupannya sebelum dia, ibunya dan kakaknya berhijrah bersama-sama bapanya ke UK.

Rehman Chishti merupakan seorang Muslim dan masih mengamalkan agamanya ini. Dia telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen menggunakan al-Quran.

Pada 2021, menerusi platform X, Rehman pernah menyatakan kekecewaannya tentang layanan kejam yang diterima oleh rakyat Palesti di Masjid Al-Aqsa ketika bulan Ramadan dan meminta kerajaan UK untuk melakukan sesuatu.

Namun begitu, dia tidak memberikan apa-apa penjelasan kenapa dia telah menolak usul gencatan senjata baru-baru ini.

5. Shabana Mahmood (Parti Buruh)

8192.jpg

Shabana Mahmood merupakan antara wanita pertama Muslim yang berjaya dilantik sebagai ahli Parlimen UK. dia telah mewakili Brimingham Ladywood sejak tahun 2010 dan merupakan ahli kepada Parti Buruh.

Selain menjadi ahli Parlimen, Shabana juga pernah dicalonkan sebagai ‘Politician of the Year’ di Anugerah Muslim British.

Shabana merupakan salah seorang dari empat ahli Parlimen Muslim yang berkecuali ketika undian usul gencatan senjata SNP ini dibuat. Dia telah membuat keputusan untuk tidak mengundi.

Ekoran keputusannya ini, satu perarakan telah dianjurkan ke atas Shabana bagi menunjukkan protes atas tindakannya itu dan beberapa sepanduk yang mengecam tindakan ahli Parlimen UK ini turut tular di media sosial mengatakan:

Bombs rain as you abstain.”

Walaupun Shabana tidak memberikan apa-apa komen rasmi di media sosial, wanita ini telah menulis surat kepada penduduk di kawasannya.

“Saya berkongsi kekecewaan dan kebimbangan anda semua ketika kita menyaksikan kemusnahan dan perpindahan kehidupan manusia pada skala yang mengerikan dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Sebagai penyokong tekad dan seumur hidup bagi hak-hak rakyat Palestin, dan sebagai seorang Muslim British, saya tidak akan pernah segan untuk bercakap bagi pihak orang yang telah mengalami kekejaman dan penderitaan berdekad-dekad.

“Dalam istilah yang tidak pasti: semua kehidupan adalah suci. Bagi saya, kehidupan Palestin sama pentingnya dengan yang lain. Pembunuhan orang awam yang tidak bersalah di Gaza mesti dihentikan segera.”

6. Tulip Siddiq (Parti Buruh)

d

Ahli Parlimen Hampstead dan Kilburn, Tulip Siddiq merupakan anak kepada bekas Universiti Profesor Dhaka Shafique Ahmed Siddique dan Sheikh Rehana yang telah mendapat suaka politik di UK ketika remaja.

Tulip dibesarkan sebagai seorang Muslim namun mengatakan bahawa keluarganya telah pun mengadaptasikan diri mereka dengan budaya majmuk di Britain.

Pada 14 November lalu, Tulip Siddiq ada kongsikan di platform X video menunjukkan dia menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu kepada rakyat Palestin terutamanya ketika situasi genting yang sedang berlaku di Gaza.

Situasi di Gaza adalah sangat ngeri. Bayi mati. Ibu mengandung melahirkan tanpa elektrik. Kita perlu lakukan perkara yang lebih untuk rakyat Palestin.”

Pun begitu, tiada penjelasan mengapa Tulip membuat keputusan untuk tidak mengundi ketika usul gencatan senjata tersebut.

7. Nusrat Ghani (Parti Konservatif)

dd

Nusrat Munir Ul-Ghani merupaka ahli politik Parti Konservatif British yang telah menjadi ahli Parlimen Wealden di East Sussex sejak 2015.

Dia kini berkhidmat sebagai Menteri Negara bagi Industri dan Keselamatan Ekonomi di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan serta Pejabat Kabinet. Pada Januari 2018, Nusrat telah menjadi menteri wanita Islam pertama yang bercakap dari kotak penghantaran Dewan Rakyat.

Nusrat dilahirkan di Kashmir pada 1 September 1972 dan kedua-dua ibu bapanya berasal dari Azad Kashmir.

Pada 22 April 2021, Nusrat pernah membentangkan usul meminta supaya Parlimen mengiktiraf bahawa China melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan terhadap Uyghur. Usul ini diluluskan sebulat suara.

Namun begitu, bagi usul gencata senjata, Nusrat telah memilih untuk tidak mengundi dan menjadi pihak berkecuali.

Sumber: 5pillars

Sumber: Siasat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.