Pemilihan makanan yang betul boleh membantu kita kurangkan rasa lapar sepanjang hari berpuasa. Selain itu sekiranya badan tak dapat nutrien yang mencukupi, itulah yang akan membuatkan kita cepat penat, dan tak bertenaga.
Misalnya, makanan berprotein akan mendatangkan rasa kenyang lebih panjang berbanding karbohidrat. Sumber-sumber khasiat protein yang berkualiti contohnya seperti telur, ikan, ayam, daging, susu, tauhu, tempe, kekacang dan banyak lagi.
Baik untuk juadah berbuka mahupun sahur, pastinya kita perlukan makanan berkhasiat serta lengkap dengan pelbagai nutrisi bagi membolehkan kita lebih ‘tahan’ untuk melakukan kerja tanpa berasa lapar dan pastinya untuk kekal bertenaga dan segar bagi melakukan ibadah malam selepas berbuka.
Dan pastinya kalau nak semua ni, kena lah buat persiapan awal untuk masak. Tapi kalau korang tak sempat masak, jangan risau sebab ShopeeFood promosi sempena Ramadan ni dengan pelbagai pilihan juada yang lazat. Paling penting, ia dibuka 24 jam tau!
Kalau korang buat pesanan pada ShopeeFood Day pada tarikh 12-14 setiap bulan, korang akan dapat lebih penjimatan, baucer dan pelbagai hadiah menarik!
Berikut adalah senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menu best yang korang boleh pesan daripada diorang :
Med Mex
Kalau nak mencari kelainan sikit bulan puasa ni, korang boleh cuba hidangan ala Mediterranean dan Mexico dan dipadankan dengan keenakan masakan Malaysia.
Salah satu menu ‘killer’ dan korang kena cuba pastilah Loaded Cheese Nachos, ataupun kalau korang nak cari yang mengenyangkan sikit boleh cuba Spicy Mex Kebab. Balutan tortilla yang penuh dengan sos rempah berkrim dan bahan-bahan yang pastinya membuka selera korang.
Nyonya Color
Bila sebut pasal bazar Ramadan, pastinya korang akan terbayangkan pelbagai jenis kuih-muih kan? Kalau korang nak mencari kuih muih yang confirm sedap dengan kualiti yang terjamin, cubalah rangkaian kuih yang boleh dipesan disini.
Selain kuih muih, ada jugak beberapa makanan yang sedap dan berbaloi untuk korang pesan untuk hidangan sampingan semasa berbuka tu.
Nasi Lemak Tok Wan
“Nasi lemak tak pernah salah!” Begitulah versatilnya nasi lemak ni sehinggakan ia sesuai dimakan bila-bila masa.
Nak lagi ‘terangkat’ korang tambahkan aneka lauk yang confirm buat korang puas hati. Salah satu kedai nasi lemak yang best dekat ShopeeFood ni semestinya Nasi Lemak Tok Wan ada macam-macam jenis nasi lemak untuk dipilih. Confirm best!
Little KL Food Hall
Kalau korang jenis nak order makanan berlainan tapi taknak pesan dari dua tiga kedai, apa kata korang tengok rangkaian menu dan makanan yang ada dekat Little KL Food Hall ni. Konsepnya mudah, korang cuma bayangkan ‘food court’ tapi secara online!
Fuh, rambang mata nak makan apa!
Salad Atelier
Untuk korang yang nak makan makanan menarik tapi dalam masa yang sama nak kekal sihat, tak lain tak bukan korang order sahaja dari Salad Atelier. Ini antara yang terbaik di Lembah Klang jugak ni.
Kalau nak rasa kenyang sikit, boleh cuba Roasted Eggplant Soba ataupun Fusion Nasi Lemak di mana Quinoa dihidangkan sebagai asas pengganti kepada nasi putih biasa, dipadankan pula dengan ramuan nasi lemak klasik seperti sambal buatan sendiri, telur rebus, kacang tanah hancur dan ayam serai panggang. Dengar pun menyelerakan!
Da Mang Ren
Biasanya, orang akan cari minuman atau dessert yang manis sebagai pencuci mulut kan? Ha, korang boleh dapatkan kedua-duanya kalau order salah satu daripada air berasaskan mangga daripada Da Mang Ren ni.
Aih, nampak sedap pulak mangganya!
Sempena Ramadan ini, ShopeeFood ada menawarkan pelbagai tawaran menarik antaranya :
- Penghantaran Percuma (diskaun sehingga RM 4)
- Diskaun 90% sehingga RM6 (bulan Ramadan: 3 April – 2 May)
- Tawaran serendah RM0.50 bagi pengguna baru ShopeeFood
Untuk pengguna ShopeeFood baru pulak, korang boleh dapatkan pelbagai hidangan dan minuman dengan harga daripada RM0.50 termasuklah pencuci mulut kegemaran ramai, Oreo McFlurry daripada McDonald’s, Tealive dan juga ZUS Coffee.
Hanya ikuti langkah di bawah dan dapatkan Oreo McFlurry anda untuk berbuka puasa pada harga RM0.50. Sebelum checkout, jangan lupa tuntut baucar POTONGAN RM7 anda di sini.
Memang banyak je selain yang min kongsikan ini. Tapi, sama ada untuk bersahur mahupun berbuka, dua-dua boleh. Untuk maklumat lanjut, korang dapatkan semuanya di ShopeeFood okay?