Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan upacara seperti majlis perkahwinan boleh dijalankan. Namun untuk melaksanakannya, mereka harus patuhi SOP yang telah ditetapkan seperti di bawah.
Cerita tentang perkahwinan admin yakin banyak pasangan diluar sana yang dah pasang niat untuk buat majlis tahun ini, tapi korang dah pilih tempat ke?
Kalau buat dekat rumah agak bahaya sebab kawasan perumahan mungkin agak kecil dan kemungkinan untuk terkena jangkitan adalah tinggi.
Jadi paling selamat sekarang ini adalah kawasan yang lapang dan luas macam garden, senang sikit nak buat penjarakan sosial.
Kalau korang nak tahu, tema ala-ala garden sekarang sangat famous, sebab dengan tema ni, korang boleh combine kan sekali dengan tema lain macam ‘garden melayu klasik’.
Majlis perkahwinan hanya sekali dan itu akan menjadi kenangan yang terindah buat selamanya tau…
Pemilihan kawasan sangat penting dalam hal ini. Kalau silap pilih kawasan, tema yang diidamkan selama ini pun tak akan kena dengan majlis. So, admin nak cadangkan 5 ‘Port’ Awesome Untuk Majlis Kahwin ‘Ala-Ala Garden’ Yang Korang Idam-idamkan!
1. Helms Event, Hulu Langat
Difahamkan, Helms event ini merupakan dusun yang lapang seperti suasana kampung. Tempat ini juga dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang tinggi. Apa yang paling menarik, di kawasan itu hanya ada sebuah rumah sahaja.
Rumah dan kawasan sekitar itu korang boleh gunakan sebagai tempat perkahwinan, memang sangat berbaloi kerana keluasannya, penjarakan sosial memang mudah nak buat.
Berkenaan dengan harga, untuk menempah tapak dan pelamin kira-kira dalam RM2,300. Harga ini tidak termasuk dengan makanan ataupun khemah ye.
Selalunya kalau tempat macam ni, admin cadangkan korang buat ‘tea time’ bukan sahaja jimat kos, malah menarik juga tau konsep tu.
2. Lugar De La Boda, Puchong
Lugar De La Boda pula merupakan satu kawasan di bandar yang telah diubah suai menjadi dewan dengan dekorasi garden.
Kawasan ini memang jadi tumpuan pada para mempelai kerana kawasan yang strategik yang mudah untuk cari di internet.
Dewan ini boleh menampung tetamu seramai 350 hingga 400 orang pada satu masa. Harga yang dikenakan juga berpatutan, dengan RM25,000, korang akan dapat makanan, pelamin, dekorasi, jurugambar dan sebagainya.
Tak perlu fikir apa dah, bayar sekali dan tinggal tunggu hari berlangsungnya perkahwinan. Settle…
3. Puri Buana, Bandar Baru Bangi
Kalau korang jenis pencinta alam sekitar, Puri Buana merupakan tempat yang strategik untuk korang sebab dikelilingi tumbuhan hijau. Bagi admin kalau buat konsep melayu tradisional dekat sini pun cantik.
Khemah yang disediakan pun memang menarik, admin tengok banyak pondok-pondok kayu kecil dekat situ.
Menerusi facebook page Puri Buana, mereka telah buat lagi satu konsep ‘Aqua Garden’ di Putrajaya.
Untuk menempah kawasan ini, korang perlukan kira-kira RM25,000 dan boleh pilih sama ada mahu buat majlis pada siang hari atau malam.
4. Geneva Garden Banquet, Johor Bharu
Geneva Gaeden Banquet ini dikatakan penuh classy, sweet dan romantik. Cuma kebanyakan orang akan buat majlis di tempat ini pada belah malam. Kenapa?
Kawasan itu menggunakan bumbung dan dinding transparent, kalau buat belah tengah hari habis make-up pengantin cair sebab berpeluh.
Tempat ni memang betu-betul cantik, tapi itulah memang kena buat waktu belah malam sebab Malaysia ni panas. Walaupun belah malam korang jangan risau, lighting di sana memang lengkap untuk meriahkan suasana lagi.
Menerusi laman web rasmi Geneva, mereka tidak nyatakan harga untuk tempahan. Mungkin harga yang dikenakan berlainan, maksud min harga mereka boleh berubah-rubah.
5. Sangkot The Garden Wedding Place, Hulu Langat
Lagi satu lokasi yang sama seperti sebelum ini, Sangkot The Garden Wedding Place ini memang sesuai untuk buat pelbagai konsep baik tradisional, moden, fantasi dan sebagainya. Dikelilingi dengan hutan, korang sendiri boleh bayang betapa segarnya udara disana.
Kalau buat waktu malam memang lagi sweet, bayangkan jika buat waktu tu memang berseri pelamin tu jadinya.
Memang cantik sangat kawasan ni, dengan lampu gantung-gantung pada pokok, memang tambah perasaan romantik pada pasangan mempelai. Pakej yang paling mahal dikenakan kira-kira RM18,150.
Tapi, harga itu sudah termasuk pelamin, khemah, dekorasi, dan makanan. Korang tinggal cari juru gambar sahaja.
Memang seronok majlis ala-ala garden ni, bukan sahaja safety malah tak sesak langsung. Pemandangan jangan cakaplah memang menenangkan.