Undang-undang merupakan satu perkara yang mesti dipatuhi tak kira di mana kita berada. Ia juga adalah jaminan keselamatan kita seharian. Oleh itu, semua undang-undang ini mestilah kita ikut untuk kesejahteraan kita.
Tapi, macam mana kalau undang-undang tu sangat pelik, sampai kita sendiri pun tak boleh brain kenapa undang-undang tu diwujudkan. Yang pastinya, undang-undang pelik ni memang ada dekat sekitar dunia! Jadi, mari sini min kongsikan 5 negara dengan undang-undang paling tak masuk akal.
1. Itali
Korang jangan pelik sebab dekat Itali ni, korang akan dikenakan denda jika didapati bersalah membawa anjing bersiar-siar lebih daripada 3 kali sehari.
Denda yang dikenakan pula bukannya sikit, kalau langgar peraturan ni, dorang kena bayar RM2,500 tau! Pun begitu, tak dapat dipastikan macam mana cara pihak berkuasa di sana kenal pasti kesalahan yang dilakukan ni. Malah, sebab undang-undang ni dibuat pun masih menjadi tanda tanya. Hmm, nak spend time dengan haiwan peliharaan pun tak boleh.
Lagi satu, bela ikan dalam balang pun dianggap satu kesalahan sebab orang Itali percaya ikan akan menjadi buta dan kekurangan oksigen.
Artikel berkaitan : “Tiadausaha langsaikan hutang” – Hidayah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh
2. Denmark
Memang seronok menimang cahaya mata ni. Lagi-lagi bagi pasangan yang baru berkahwin. Tapi, yang tak seronoknya bila nak menamakan anak pun ada undang-undang yang perlu diikuti.
Percaya atau tidak, di Denmark, suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa ini hanya boleh memberi nama anak mengikut senarai yang telah dibuat oleh negara itu. Sehingga kini, terdapat 7,000 nama yang boleh dipilih antaranya William, Karl dan Ella.
Jika mahukan nama yang lain daripada senarai, ibu bapa perlu memohon kelulusan daripada pihak kerajaan. Memang melecehkan, hanya kerana nak namakan anak.
Walau apa pun, undang-undang ini dipercayai wujud kerana ingin mengelakkan ibu bapa daripada menamakan anak dengan nama-nama yang dianggap sebagai bodoh.
3. Singapura
Singapura ni memang terkenal dengan kemajuannya. Tapi, korang jangan terkejut bila korang dikenakan saman hanya disebabkan makan gula-gula getah je.
Tapi jangan risau, undang-undang ni hanya boleh digunakan di tempat-tempat awam je seperti shopping mall dan taman permainan. Jadi, kalau nak makan juga gula-gula getah di sini, pastikan korang berada jauh dari kawasan awam sebab saman yang dikenakan bukan sikit tau!
Korang rasa berbaloi ke disaman berganda-ganda daripada harga gula-gula getah tu?
4. Jerman
Artikel berkaitan : MCMC Bakal Kenakan Tindakan Undang-undang Kepada Individu Kongsi Gambar Mangsa Nahas Elmina
Nak berjalan-jalan, pastikan korang periksa apa yang patut sebelum memulakan perjalanan termasuklah minyak kenderaan.
Di Jerman, korang kena sentiasa pastikan minyak kereta korang mencukupi sampai ke destinasi yang nak dituju. Sebabnya, kalau kereta korang kehabisan minyak di tengah jalan, korang bukannya dapat bantuan, malah dapat denda saja!
Undang-undang ni dikira amat berat jika korang gagal nak patuhi. Oleh itu, jangan sesekali korang berjalan kaki ke stesen minyak kerana dendanya akan berganda-ganda daripada jumlah asal.
5. Australia
Undang-undang yang terakhir ni pula melibatkan permainan iaitu bermain layang-layang. Di beberapa negeri di Australia, aktiviti bermain layang-layang bukan sahaja dilarang, malah diharamkan juga.
Yang luar biasanya, undang-undang ni memang ada termaktub dalam Summary Offences Act of 1966. Tidak cukup dengan tu, undang-undang ni dibuat kerana aktiviti itu dianggap memberi gangguan kepada orang ramai di tempat awam.
Kalau korang didapati bersalah sehingga mengganggu ketenteraman awam, korang boleh dikenakan hukuman sehingga RM4,000 tau! Lepas ni, main layang-layang pun kena berhati-hati dekat Australia.