in

Ini 4 Kisah Seram Yang Benar-Benar Berlaku Sehingga Masuk Berita, Meremang Weh!

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang peminat filem seram, korang mesti tahu yang banyak filem seram ni tak menarik sangat sebab nak buat orang betul-betul takut ni bukannya senang. Sesuatu filem seram tu akan jadi betul-betul menakutkan bila pengarah pandai bermain dengan emosi penonton dan tahu timing untuk buat penonton terkejut.

Tapi macam mana pula kalau korang dengar cerita yang betul-betul berlaku? Walaupun tak gunakan visual, bila kita dengar cerita orang tentang pengalaman seram atau mistik dorang mesti rasa seram dia lain macam. Tahu tahu meremang je bulu tengkuk.


Jadi pada artikel kali ini, kita akan kongsikan beberapa cerita seram yang pernah berlaku sehingga turut masuk dalam surat khabar. Sama ada cerita dekat bawah ni benar-benar terjadi atau fiksyen semata-mata, itu terpulang kepada korang untuk tentukan. Jom baca!

1. Rumah pembunuh kapak

5596C4481Bb18E2B1A Villisca Ax Murder House1

Di Vilisca, Iowa, Amerika Syarikat, terdapat sebuah rumah hantu yang dipanggil sebagai “The Axe Murder House” yang merupakan salah satu destinasi pelancongan kegemaran peminat-peminat cerita seram serta pemburu hantu.

Ia merupakan tempat kejadian kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1912 yang masih belum diselesaikan di mana seramai enam orang kanak-kanak dan dua orang dewasa telah dibunuh dengan kejam menggunakan kapak. Rumah ini kemudiannya telah dibeli pada tahun 1994 dan dibaiki semula kepada keadaan asal pada tahun 1912 sebelum dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Bagi orang-orang yang gemarkan misteri, mereka perlu membayar sebanyak $428 satu malam untuk tinggal di rumah berhantu lama tersebut di mana beberapa pengunjung melaporkan bahawa mereka telah mengalami pelbagai pengalaman pelik seperti bayangan lelaki membawa kapak berkeliaran di sekeliling rumah serta suara jeritan kanak-kanak.

Namun, pada November 2014 yang lalu, satu kejadian telah berlaku ketika Robert Steven Laursen Jr. bersama kawan-kawannya melawat rumah ini:

Rakan-rakannya menemui Laursen telah ditikam di dada sebelum menghubungi 911 dan lelaki tersebut di bawa ke hospital berhampiran menggunakan helikopter.”

Menurut polis tempatan, Laursen telah mengalami kecederaan yang dilakukan oleh dirinya sendiri pada jam 12.45 pagi, iaitu masa yang sama apabila pembunuhan pada tahun 1912 bermula.

Laursen yang telah sembuh sepenuhnya dari kecederaan yang dialaminya itu tak pernah menceritakan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika kejadian tersebut. Manakala pemilik rumah tersebut mengatakan bahawa insiden tersebut sangat memeranjatkan namun mengharapkan agar orang lain tak takut untuk terus datang melawat rumah tersebut.

2. Eksorsisme yang membawa maut

File 20181214 185268

Pada Ogos 2016 di Utara London, seorang lelaki berusia 26 tahun, Kennedy Ife mula berkelakuan pelik dan ganas diikuti dengan sakit di dalam tekaknya. Dia dilaporkan telah menggigit bapanya dan mengugut untuk memotong zakarnya sendiri serta mengadu bahawa terdapat ular di dalam badannya sebelum keluarganya mula mengikat lelaki ini di katilnya.

BBC melaporkan bahawa keluarga Kennedy telah cuba untuk merawatnya dengan mengikat lelaki ini serta berdoa selama tiga hari.

Memang benda tu ada dalam badan dia, kita percaya ia merupakan syaitan yang cuba untuk membunuhnya. Kami perlu mengikat dia kerana kalau dilepaskan, dia akan cederakan orang lain.”

Kennedy telah diikat di atas katil selama tiga hari tanpa bantuan perubatan sebelum panggilan kecemasan dibuat apabila lelaki tersebut mengadu yang dia mengalami dihidrasi. Kennedy dikatakan telah mengalami masalah pernafasan dan disahkan mati keesokan harinya.

Kesemua ahli keluarga Kennedy telah didakwa atas tuduhan membunuh, memenjarakan orang serta menyebabkan atau membenarkan kematian ke atas seseorang. Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat 60 kesan luka termasuk kesan gigitan pada Kennedy dan bapanya Kenneth serta empat orang adik beradiknya yang turut mengalami kecederaan.

Selepas empat hari berbincang, barisan juri bersetuju untuk membebaskan ahli keluarga ini pada 14 Mac 2019.

3. Kematian Elisa Lam

Elisa Lam En El Ascensor

Kali terakhir Elisa Lam dilihat adalah pada 31 Januari 2013 di lobi Hotel Cecil, Los Angeles. Wanita yang sedang mengembara di seluruh Pantai Barat, Amerika Syarikat ini telah mendokumentasikan perjalanannya di dalam blog serta menghubungi keluarganya setiap hari sebelum semuanya terhenti. Tak lama kemudian, pihak polis dan ibu bapanya tiba untuk mencarinya.

Pencarian ke atas keberadaan Elisa ini tidak membuahkan hasil dan pada Februari, pihak berkuasa telah mengeluarkan rakaman CCTV yang menunjukkan Elisa sebelum menghilangkan diri. Rakaman tersebut menunjukkan wanita ini telah berkelakuan pelik di dalam lif dan dilihat sedang bercakap dengan seseorang serta kerap mengintai ke luar pintu dan menutup dan membuka pintu lif. Melalui rakaman tersebut, banyak teori yang telah dikeluarkan antaranya ada yang mengatakan dia telah dirasuk, dikejar oleh seseorang dan macam-macam lagi.

Pada masa yang sama juga, beberapa tetamu di hotel tersebut turut melaporkan perkara-perkara pelik yang berlaku dengan bekalan air di Hotel Cecil ini.

Sabina Baugh yang tinggal selama lapan hari di sana mengatakan, bila air paip dibuka, air akan keluar warna hitam selama dua saat sebelum berubah ke warna asal.

Rasa air paip juga sangat teruk, ia ada rasa pelik, manis serta menjijikkan. Rasa yang sangat pelik, sukar untuk saya jelaskan. Tapi kami tak fikir apa-apa kerana ingatkan memang air di sana rasa macam tu.”

Namun pada 19 Februari, seorang pekerja hotel telah memanjat bumbung menggunakan tangga bagi memeriksa tangki air hotel. Ketika inilah mayat Elisa Lam yang mulai reput telah ditemui di dalam tangki tersebut tanpa pakaian. Barangan peribadinya pula ditemui berdekatan tangki tersebut. Laporan bedah siasat menyatakan bahawa kematian Elisa merupakan satu kemalangan.

Namun begitu, NBC Los Angeles pada ketika itu melaporkan perkara-perkara pelik disebalik kematian Elisa ini:

Tangki tersebut mempunyai kunci besi yang boleh dibuka tapi pihak berkuasa mengatakan akses ke bumbung telah dikawal oleh loceng dan kunci. Hotel ini juga turut mempunyai sejarah yang luar biasa di mana beberapa pembunuh bersiri pernah tinggal di sini serta berlaku kejadian membunuh diri.”

Artikel berkaitan: Siapa Bunuh Elisa Lam? Mayat Dijumpai Dalam Tangki Air Hotel, Kematian Gadis Misteri Masih Jadi Tanda Tanya Hingga Kini

Artikel berkaitan: Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!

4. Pemanggil misteri

Pada tahun 2007, ABC melaporkan bahawa satu keluarga telah diganggu oleh beberapa panggilan telefon yang membuat ugutan bunuh. Lebih menakutkan, pemanggil misteri tersebut tahu apa yang keluarga tersebut tengah lakukan ketika panggilan dibuat serta pakaian yang dipakai oleh mereka.

Keluarga ini mengatakan panggilan tersebut dibuat sepanjang malam, mengugut untuk membunuh anak-anaknya, haiwan peliharaan mereka serta atuk dan nenek mereka. Pesanan suara turut ditinggalkan di mana ia akan mainkan rakaman perbualan peribadi mereka termasuk perbualan dengan polis tempatan.

Keluarga ini berkata, pemanggil tersebut tahu apa yang mereka pakai atau tengah lakukan. Selepas berbulan-bulan, pihak berkuasa masih gagal menangkap pelaku tersebut.

Kejadian ini telah berlaku secara berterusan ke atas keluarga Kuykenall selama berbulan-bulan dan pemanggil dengan suara garau itu telah mengugut untuk mengelar leher mereka. Namun apabila pihak polis cuba mengesan panggilan tersebut, ia dikatakan telah datang dari telefon keluarga ini sendiri walaupun telefon mereka telah ditutup. Eeee seramnya, tak tenang hidup macam ni!

Sumber: Esquire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.