in

Ini 10 Isu Tular Yang Menjadi Tumpuan Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2024

Ft Recap 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan sepanjang tahun ini kita menyaksikan berbagai kes yang terjadi menerusi media sosial. Isu-isu hangat ini pernah menjadi buah mulut ramai sepanjang tahun 2024.

Jadi, min nak recap kembali isu-isu tular yang pernah menjadi perbualan ramai sepanjang tahun ini. Macam-macam betul yang terjadi. Jom kita telusuri setiap satu! 


Artikel berkaitan : 5 Perkara Viral Hangat Diperkatakan Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Artikel berkaitan : Ini 6 Jenayah Yang Paling ‘Disturbing’ Pernah Berlaku Sepanjang 2023

 

1. Aliff Aziz ditangkap basah dengan Ruhainies 

 

Rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali bergolak apabila pelakon lelaki tersebut telah ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Img 1385 630X630 1

Nak dipendekkan cerita pelakon wanita yang dimaksudkan ialah Ruhainies dan dia telah menerima kecaman hebat netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib Bella Astillah. Bagaimanapun, isu ini menjadi semakin hangat apabila ada pihak mendedahkan hubungan sulit Bella Astillah dengan pelakon, Muaz Zabir.

Bella kemudian tampil memberikan kenyataan bahawa tujuannya rapat dengan pelakon junior itu hanyalah ingin membuatkan Aliff cemburu, dalam masa yang sama, Bella turut mendedahkan yang Aliff sebenarnya sudah curang sebanyak 11 kali termasuk dengan adiknya sendiri dan Bella menyatakan yang dia ada menyimpan bukti akan hal tersebut.

Screenshot 2024 12 18 183830

Isu ini semakin memuncak apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tiba-tiba muncul, ia berikutan tularnya satu video mesra menunjukkan dirinya bersama Aliff Aziz dan mendakwa pernah menjadi kekasih gelap Aliff Aziz.

Dia juga mendedahkan perbualan di antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang memburukkan Bella Astillah dan rakan artis lain yang sekaligus membuatkan ramai artis terpalit.

Pun begitu, pada Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. Faisal Halim disimbah asid

Screenshot 2024 12 18 184027

Beberapa bulan lepas, media sosial pernah membangkitkan topik tentang industri bola sepak negara apabila beberapa orang pemain bola sepak negara diserang oleh orang individu tidak dikenali. Ia bermula dengan pemain pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang di kawasan berhampiran kediaman rumahnya.

Belum reda isu tersebut, beberapa hari kemudian, digemparkan pula kes melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Selang beberapa hari kemudian, bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim pula mendedahkan yang cermin keretanya pecah akibat serangan individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim.

Screenshot 2024 12 18 183954

Boleh baca kronologi ketiga-tiga pemain diserang di sini.

Bagaimanapun, di antara ketiga-tiga pemain ini, Faisal Halim mengalami kesan yang paling teruk. Lecuran tahap empat yang dialami oleh Faisal Halim serba sedikit telah membataskan kerjayanya dalam sukan bola sepak ini. Ia telah mengundang simpati warganet sehinggakan negeri Selangor melakukan solidaritiStand With Faisal Halim. Stop The Violence‘.

3. Stoking KK Mart ada kalimah Allah

Screenshot 2024 12 18 184146

Pengguna media sosial telah kongsikan sepasang stoking yang dijual di kedai runcit ternama iaitu KK Mart dikatakan mempunyai tulisan kalimah Allah, ia sekaligus telah magundang kecaman rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Tak cukup dengan itu, ramai yang berpakat untuk memboikot KK Mart dan tidak mahu membeli barang runcit di situ.

Namun begitu, pihak KK Mart telah tampil dan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik jualan stoking tersebut. Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

4. Kes ‘Abang Bas’ rakam video murid sekolah

Screenshot 2024 12 18 184235

Seorang pengguna TikTok yang juga bekerja sebagai pemandu bas sekolah telah mencuri tumpuan netizen di media sosial kerana memuat naik hantaran aksinya melayan kanak-kanak bawah umur dengan menggelarkan mereka sebagai crush.

Isu tersebut telah mengundang perbalahan sesama netizen, ada yang mengatakan ia hanya sekadar gurauan dan ada juga yang mengecamnya. Peka dengan tular tersebut, Abang Bas ada membuat satu kenyataan menerusi satu sesi live.

“Korang hentam saya tak guna kalau parents diorang tak ambil tindakan kepada saya. Sebab apa? Saya ada akal.

“Saya dah cakap dengan parents diorang. Kenapa saya boleh tersenyum, boleh happy lagi? Sebab parents diorang, saya sudah beritahu awal.”

Pun begitu, ramai netizen masih marah dengan isu ini dan kes ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan Abang Bas. Dia berdepan dengan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dan memerlukan jaminan sebanyak RM40,000.

Disebabkan itu, ahli keluarganya telah melancarkan kutipan derma dan dalam masa beberapa jam, ahli keluarga berjaya kumpulkan jumlah tersebut untuk proses ikat jamin. Bagaimanapun, Abang Bas mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dikemukakan di hadapan Hakim.

5. Alif Teega didakwa salah guna duit infaq

Screenshot 2024 12 18 184403

Selepas isu kahwin dua, pempengaruh Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah kembali hangat diperkatakan di media sosial susulan dengan dakwaan salah guna wang infaq lebih daripada RM 1 juta.

Isterinya, Aisyah Hijanah juga turut terpalit dengan kes tersebut, kedua-dua mereka telah didakwa atas 10 pertuduhan salah guna dana awam tersebut. Bagaimanapun,  mereka mengaku tidak bersalah.

Jika disabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.

Mereka juga bersetuju untuk membayar ikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan syarat di mana mereka harus memberikan pasport dan melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan sehingga selesai dan tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi.

6. GISBH 

Gisbh 1

Isu berkenaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bermula apabila tularnya imej memaparkan pihak berkuasa menyerbu premis mereka di Rawang. Bermula dari situ, bermacam-macam pendedahan yang membuatkan ramai warganet terkejut dan geram dengan pertubuhan tersebut.

Antaranya, penderaan, pengabaian, salah laku seksual dan bermacam-macam lagi pendedahan yang dilakukan oleh bekas-bekas ‘ahli tertinggi’ daripada organisasi tersebut. Paling menjadi tumpuan adalah amalan yang dilakukan oleh mereka yang dilabelkan sebagai ajaran sesat.

Berikutan dengan serbuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), isteri, anaknya, anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad dan 19 jemaah lain yang telah ditahan pihak berkuasa.

7. Fazura dan Fattah Amin bercerai 

Screenshot 2024 12 18 184549

Teka-teki mengenai hubungan pasangan pelakon terkenal, Fazura dan Fattah Amin terlerai apabila Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya. Selepas berita mengenai perceraian ini timbul, terdapat spekulasi yang memperkatakan mengenai didakwa kecurangan Fattah Amin dan ada juga yang membuat spekulasi mengenai sikap Fazura.

Dakwaan tersebut ditepis oleh Fazura dan menyatakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan fitnah tersebut. Mereka kemudian sah bercerai talak satu pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Isu menjadi hangat apabila Fazura mendedahkan punca perceraian mereka sejurus keluar dari mahkamah dengan menuduh Fattah Amin curang dan mengabaikan nafkah, bahkan Fazura juga ada menghadiahkan Range Rover kepada Fattah.

Screenshot 2024 12 18 184559

Bagaimanapun, Fattah menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan dia membayar kenderaan itu secara ansuran, selain kecewa dengan tindakan bekas isterinya yang memberikan kenyataan sebegitu kerana mereka sudah sepakat untuk tidak membuka aib kepada awam.

8. Banjir di Pantai Timur

Whatsapp Image 2024 12 01 At 7.38.43 Am

Boleh dikatakan, saban tahun akan berlaku banjir pada hujung dan awal tahun, antara negeri yang paling terkesan ketika musim tengkujuh ini adalah negeri-negeri di Pantai Timur. Namun begitu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan banjir di Kelantan tahun ini adalah paling buruk dalam sejarah.

Dalam pada itu, dapat dilihat ramai pihak ‘turun padang’ untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, bahkan kembali tular beberapa rumah yang tidak dinaiki air kerana mempunyai penghadang berbanding rumah jiran dan rumah terapung apabila musim banjir tiba.

9. Rumah Che Ta disita

Screenshot 2024 12 18 184803

Minggu lepas, pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menjadi buah mulut orang ramai apabila rumahnya diserbu oleh pihak MARA kerana gagal melunaskan pinjaman yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 1 juta.

Screenshot 2024 12 18 184835

Malah, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ada membuat satu hantaran sinis terhadap mana-mana pihak yang membuat pinjaman harus membayarnya semula. Dalam pada itu, baru-baru ini, Che Ta ada tampil memberikan respon dengan menegaskan bahawa ada laporan yang tidak benar namun tidak dinafikan ada yang betul mengenai isu itu.

Che Ta menegaskan bahwa dia tidak lari ke mana-mana bahkan masih ada di rumahnya sambil menegaskan bahawa rumahnya tidak disita. Malah Che Ta berjanji akan memberikan kenyataan yang lebih lanjut berhubung dengan isu ini.

10. Kes jenazah bayi ditahan dalam peti sejuk beku selama 2 minggu

326363492 635159901397997 1909192818728964874 N

Satu kejadian yang menyedihkan baru-baru ini terjadi apabila jenazah seorang bayi lelaki yang telah meninggal dunia selama 16 hari dibekukan oleh pihak hospital kerana ayah bayi itu didakwa gagal membayar bil hospital. Perkara itu mula didedahkan oleh pihak pengurusan jenazah yang memaparkan mereka sedang berusaha untuk ‘mencairkan’ tubuh bayi yang beku itu sebelum dikebumikan.

Menurut ayah bayi dan pengurus jenazah tersebut, si ibu mengadu kesakitan untuk bersalin dan telah dihantar oleh jiran ke hospital swasta tersebut ketika si ayah dalam perjalanan pulang dari kerja. Isu ini tular dan mendapat perhatian orang ramai sampaikan Hospital Bersalin Razif tampil beri kenyataan balas berhubung isu yang menyelubungi hospital mereka.

Screenshot 2024 12 18 185015

Pihak hospital kemudian mendakwa, ibu bapa kepada bayi berkenaan tidak berkahwin dan pasangan ini juga tidak memiliki ‘buku pink’ yang sepatutnya dimiliki oleh wanita yang hamil. Malah pihak hospital juga mendakwa pasangan ini telah merayu untuk tidak laporkan hal ini kepada pihak berkuasa.

Peka dengan kenyataan yang diberikan, pengurus jenazah yang dikenali debagai Wan Cai mendakwa pihak hospital tersebut telah putar belit cerita dan mampu membuktikan bahawa pasangan ini mempunyai sijil perkahwinan.

Jenazah bayi yang dinamakan sebagai Adham itu akhirnya dikebumikan apabila ada individu yang juga pesakit di hospital itu membantu melunaskan bil tersebut. Kes ini kini sedang dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa bayi juga telah mendapat bantuan peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Yang mana isu yang paling melekat di minda korang? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.