in

“Sebab tu kena check betul-betul” – Wanita Terkejut Lepas ‘Car Mat’ Harga RM1,400 Rupanya Bersaiz Cinonet

Sebab Tu Kena Check Betul Betul Wanita Terkejut Lepas Car Mat Harga Rm1400 Rupanya Bersaiz Cinonet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin nak tanya, siapa yang pernah beli barang online tapi bila barang tu sampai rupanya tak sama langsung macam yang diiklankan?


Kalau pernah, anda boleh lah jadi geng dengan seorang wanita ni lepas dia juga mengalami nasib sama selepas car mat yang dipesannya secara atas talian rupanya indah khabar daripada rupa.

Mark E1624075944552

Lapor Mirror, Hedge Burley, 40, yang juga merupakan seorang pengumpul kenderaan telah membeli empat car mat daripada sebuah perniagaan kecil persendirian secara atas talian. Difahamkan, car mat itu akan menjadi hadiah untuk hari lahir suaminya, Mark.

Wp6855623 E1624076099135
Gambar hiasan

Car mat yang dipesan itu sepatutnya muat untuk digunakan pada lantai kereta 1986 Ford Cosworth milik pasangan itu. Pun begitu, ketika pesanannya tiba, ibu kepada tiga anak ini tidak tahu dia mahu marah atau ketawa.

“Ia sepatutnya menjadi hadiah hari jadi terbaik buat Mark. Saya mencari car mat untuk kereta Ford dan terjumpa laman web dimana mereka buat car mat seperti yang saya mahukan. Saya ingatkan ia bersaiz normal kerana harganya,” kata Burley. 

Difahamkan, Burley telah membayar harga £245 (RM1,400) untuk keempat-empat car mat itu. Ketika item itu sampai, Burley sudah rasa tidak sedap hati kerana kotaknya terlalu ringan seolah-olah tiada apa di dalam.

Car Mat E1624075974313

“Saya rasa saya ketawa sambil menangis selama 20 minit selepas buka kotak itu. Anak lelaki saya juga sempat bergurau dan berkata ini sebabnya orang tua tak patut berada di internet,” jelasnya.

Insiden lucu itu juga dikongsikan kepada suaminya, Mark yang turut merasakan ia kelakar.

Jelas Burley, dia ada menghubungi laman web terbabit bagi mendapatkan refund. Walau bagaimanapun, website itu sudah tidak aktif lagi.

Burley menambah, pengalaman itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati semasa memesan barangan secara atas talian.

Sumber: Mirror

Baca: “Bodohnya dia ni” – Wanita ‘Shopping’ Bayi Secara Online Dari Filipina, Sumbat Dalam Beg Nak Bawa Balik

Seludup Bayi E1624075598532

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.