Akibat dah selalu sangat kena prank, rakyat Malaysia sekarang ni mungkin ada trust issue dengan apa-apa posting di media sosial.
Ya lah… sebelum ni macam-macam prank dah dijadikan sebagai content untuk naikkan bilangan pengikut di media sosial. Ada yang prank lempang orang awam lah, prank kena pukul lah, nak pinjam duit lah dan macam-macam lagi!
Ramai yang kata budaya prank ni diamalkan di Malaysia sebab terikut sangat dengan trend dari negara-negara Barat. Tetapi, kadang-kadang ada perkara yang tak boleh nak dibuat gurau dan dijadikan prank sebenarnya.
Namun, lain pula ceritanya dengan video yang satu ini…
@jeffeina Mental ka? Atau nak claim duit kena langgar? Ingat di oversea ja yg ada..di Malaysia pun dah ada ye..
Video pendek yang berdurasi hanya selama 9 saat ini telah pun dikongsikan di TikTok oleh pemilik akaun @4oever3 semalam. Memiliki jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta dan 192.6 ribu tanda suka, video ini memperlihatkan seorang lelaki secara tiba-tiba melintas, berhenti di tengah jalan raya dan hampir dilanggar oleh sebuah kereta.
Prank atau ???
Terlihat di ruangan komen, ramai netizen yang membuat pelbagai andaian seperti adakah kejadian tersebut hanyalah sebuah prank untuk claim duit kena langgar sahaja ataupun memang lelaki tersebut merupakan seorang insan ‘istimewa’.

Rupa-rupanya, kejadian yang berlaku berdekatan dengan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah ini dipercayai bukanlah sekadar prank murahan dan lelaki tersebut dikatakan merupakan seorang ‘insan istimewa’.

Sebagai individu yang tak berada di tempat kejadian ataupun tak mengenali lelaki tersebut, adalah tak wajar sebenarnya untuk kita membuat spekulasi yang berkemungkinan boleh menyinggung perasaan pihak keluarga ataupun lelaki itu sendiri.
Nasib baik ada penduduk setempat boleh tolong explain cerita sebenar…

