in

Ingatkan Dah Tak Ada Rezeki, Bila Periksa Kali Kedua…

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang berkahwin mestilah teringan nak timang cahaya mata. Bila dah dikurniakan bayi dalam kandungan, semuanya akan dijaga elok-elok. Tapi kita tak dapat nak jangka kalau ada something yang berlaku dalam tempoh mengandungkan bayi tu.


Pun begitu apa yang jadi kat seorang wanita ni menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. Menurut perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Reefqah di Twitter, dia yang dah berkahwin hampir lapan bulan akhirnya dikurniakan rezeki cahaya mata.

1 11
sumber: twitter

Tapi malangnya kandungan Reefqah keguguran lepas dia join satu aktiviti kat sebuah resort ni. Walaupun dah keguguran, tapi tiba-tiba masih ada baby dalam kandungan Reefqah. Aik, apa yang jadi?

Lepas disahkan keguguran, doktor suruh Reefqah buat-buat batuk sebab nak bersihkan janin. Waktu tu dia sedih sangat sampai tak boleh nak cakap apa dan nak buat-buat batuk pun rasa tak mampu. Siapa tak sedih bila baru je dapat baby tapi tiba-tiba hilang macam tu je kan?

Aaaas 1
sumber: twitter

 

Time tu Reefqah tak maklumkan lagi pada suami dia yang bayi dorang dah keguguran. Suami dia kena tunggu kat luar. Bila dah settle bersihkan janin semua barulah dia cakap. Memang muka suami pun nampak hampa sangat tapi dia tetap tenang dan cakap mungkin kali ni bukan rezeki dorang.

Dah siap buang janin tu tiba-tiba doktor terdetik nak buat ultrasound kali kedua kat Reefqah. Bila scan dekat perut tiba-tiba ada nampak satu lagi kantung. Tak jelas sangat tapi doktor teruskan periksa.

2 9
sumber: twitter

Doktor syak Reefqah dapat bayi kembar sebenarnya. Maknanya bayi yang lagi satu terselamat! Reefqah memang gembira tak terkata time tu dah bersyukur sangat-sangat. Mungkin tak ada rezeki dia dapat bayi kembar tapi Allah maha pemurah dan penyayang, Dia tinggalkan satu lagi dalam kandungan Reefqah.

3 4
sumber: twitter

Semoga bayi ni membesar dengan sihat!

Baca: Sharifah Sakinah Terpaksa Gugurkan Anak?

Ok 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.