in

“Ingatan terhadap arwah tak pudar” – Timang Cahaya Mata Lelaki, Ali Puteh Namakan Sempena Arwah Abam

Ft Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin.


Begitu juga dengan Syed Ali Mubarak, atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh dan pasangannya, Melati Fitri yang berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pertama mereka.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Ali melalui akaun Instragramnya @aliputeh_official.

“Alhamdulillah…selamat semuanya..dah boleh balik dah…jom balik sayang…syukur”

 

 

Kegembiraan Ali turut dikongsikan ibunya yang dikatakan tidak berhenti-henti menangis sejak diberitahu mengenai kelahiran itu.

Seronok sangat tu dapat sambut cucu lagi…

Disaat gembira menyambut cahaya mata, Ali tidak lupa akan arwah abangnya yang pasti teruja untuk menyambut kelahiran anak saudara barunya.

“Arwah pastinya sibuk kalau dia masih ada, sebab dulu pun macam tu juga. Teringat pula dekat arwah waktu-waktu macam ni”, katanya lagi.

Sudah sepasang anak-anaknya

Zuriat Ali itu telah selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta, dengan berat 3.07 kilogram.

Biasa pasangan akan ambil masa untuk memberi nama kepada bayi diorang kan? Tapi bukan Ali.

Apa yang menariknya, pasangan ini sudah pun mempunyai nama buat cahaya mata mereka.

Ali dan Melati bersepakat untuk memberi nama, Syed Umar Iskandar kepada kelahiran baru itu.

Nama tersebut telah diambil bersempena nama arwah abangnya Abam, sebagai tanda ingatan terhadap kepergian arwah. 

Pasangan Ali dan Melati terdahulu mempunyai dua cahaya perempuan, Sharifah Nur Airaa Qaireen dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Capture 6 13

Bagaimanapun kelahiran kedua mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah menghembuskan nafas terakhir selepas tiga bulan bertarung dengan masalah injap jantung terbalik serta masalah jantung berlubang.

Diharapkan kelahiran ini dapat mengubat kesedihan yang dialami pasangan ini. Min doakan bayi dan ibunya sentiasa dalam keadaan baik…

 

Baca : “Saya hanya saman Ali Puteh” – Nor Hidayah Akhirnya Buka Mulut Jelaskan Dakwaan Saman Terhadap Ibu Mentua

Capture 6 12

Sumber: Instragram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.