Kita mesti pernah terlibat dalam situasi yang mana tiba-tiba kita dengar bunyi siren kecemasan semasa memandu. Tindak balas spontan kita mestilah mencari dari mana punca bunyi siren tu, kemudian bertindak sewajarnya.
Lain pulak jadinya kepada dua remaja ni. Sedang asyik berkareoke dalam kereta, tiba-tiba ada bomba dalam kecemasan. Cuba korang tengok video yang berdurasi 30 saat yang dikongsi di akaun Twitter milik @Firxdaus_
Sumpah ingatkan siren lagu Kill this love, itu yang tak perasan hahah bila kau ngn member sama sama naik bodo ? pic.twitter.com/7Gm7nO0pET
— fir ???? (@Firxdaus_) April 17, 2019
Menggelabah kau!
Siapa tak menggelabah bila dengar bunyi siren kan. Tapi untuk diaorang dua ni gelabah tu datang lambat sikit. Iyelah ingat siren dari lagu Kill This love tu, tapi rupanya betul-betul siren kecemasan
Walaupun dengar macam gelabah sikit, tapi masih ada kesedaran sivik untuk bagi laluan kepada bomba.
Yes, kena bagi laluan kepada kenderaan yang dalam kecemasan. Kalau tak nak parking pun, ke tepi sikit pun jadi.
Memang patut mendapat pujian lah korang punya attitude. Walaupun nampak gelabah sikit, tapi still ada common sense yang tak semua orang ada sekarang.
Terus menyanyi
Walaupun apa situasi yang berlaku, kegembiraan harus diteruskan! Mungkin itu motto diaorang ni. Tak peduli orang dah, terus sambung menyanyi
Kann, terus menyanyi macam takde apa berlaku. Selamba je.
Rasanya yang baju hitam tu kot punya idea nak rakam karaoke dalam kereta, tapi tak sangka ada bomba nak lalu pulak.
Kau nak sangat viral kan? Haa nak kau viral.
Pujian harus diberikan kepada dua remaja ini. Walaupun tengah bersuka ria, tapi bila ada waktu yang memerlukan perhatian segera, tindakan yang betul terus diambil untuk kebaikkan bersama. Tahniah anak muda!
Baca: ”Orang Sabah memang suara padu” – Netizen Terpukau Dengar Vokal Mantap Pelajar Ini