in

“Ingat saya ni kawan awak ke?” – Lelaki Dedah Sikap Biadap Pelajar Nak Apply Tempat Intern

page intern

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara kita dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 sejak 2019 dan membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dua tahun, masih ramai pekerja yang work from home (WFH).

Situasi ini telah memaksa beberapa syarikat untuk melalui beberapa prosedur sebelum menerima pelajar insitut pengajian tinggi (IPT) untuk melakukan internship mereka kerana masih lagi bimbang dengan keadaan semasa.


Namun baru-baru ini kecoh di Facebook milik Khaled Nordin selepas dia berkongsikan pengalaman dirinya mengendalikan pelajar yang membuat permohonan untuk menjalankan latihan industri di syarikatnya.

https://www.facebook.com/khalednordin/posts/5221437774550465

Menerusi postingnya itu, dia meluahkan rasa kecewa dan rasa terkejut selepas menerima maklum balas dari pelajar tersebut dengan hanya menulis ‘Update?’ selepas bertanyakan tentang penempatan untuk internshipnya.

“Beliau private message saya di LinkedIn nak minta penempatan. Saya balas baik. Saya cuba bawa kepada pihak pengurusan saya. Dah siap bincang dengan pengurusan berapa elaun nak dibayar semua”

Ujarnya lagi, dia tidak dapat menyimpan rasa geram dan marahnya selepas menerima mesej sebegitu kerana dia telah berusaha tanyakan kepada pihak pengurusan, jadi dia membetulkan cara yang terbaik untuk meminta maklum balas dari syarikat.

fab 2

fab 2 1

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mengharapkan agar pelajar-pelajar IPT zaman sekarang untuk lebih tahu formaliti dan cara yang lebih bersesuaian untuk memohon tempat internship.

Baca: “Be strong bang” – [VIDEO] Pelajar Mechanical Engineering Pasrah ‘Disuruh’ Jadi Cleaner Masa Intern

untitled 2 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.