Poligami adalah topik panas bagi wanita.
Setiap negara mempunyai undang-undang mereka sendiri. Mengikut undang-undang Malaysia, jika seorang lelaki itu melakukan poligami tanpa persetujuan si isteri, dia boleh didenda oleh mahkamah.
Jangan main-main…
DAN tak semua wanita boleh terima jika ingin dimadukan. Sama juga seperi wanita berdarah Somalia ini yang pada awalnya dia tak boleh terima apabila dimaklumkan dengan perkahwinan suaminya secara senyap-senyap.
Mahu berpisah tapi tak jadi lepas tengok suami bahagia dengan madu
Wanita ini menceritakan perjalanannya menempuh alam perkahwinan sepanjang 2020 di akaun Tiktok dan mendapat perhatian ramai. Bukan kerana ‘tertumpah teh’ tapi netizen terkejut melihatnya boleh menerima hakikat dimadukan.
Selepas berkahwin dan melahirkan anak mereka yang pertama, dia dikejutkan pula dengan berita dimadukan. Pada awalnya dia seperti tak boleh menerima lebih-lebih lagi madunya adalah rakan baik sendiri!
Dan pernah terlintas mahukan penceraian, namun setelah melihat suaminya bahagia di samping madu dia mengubah fikiran serta merta!
Yang ni min pun terkejut.
https://www.tiktok.com/@sounseriousss/video/6906498852543614209?referer_url=
Kami menjadi semakin rapat dan saya taknak bermadu dengan orang lain selain dia.”
Nak kongsi makanan dengan orang lain pun taknak, inikan pula suami – Netizen
Video ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang salute, ada yang marah, ada juga yang menyuruh dia meninggalkan suaminya kerana berkahwin dengan BFF isteri sendiri.
Bahagia je min tengok?
Baca : “Tak payah nak idolakan poligami” – Lelaki Kongsi Kisah Ibunya Pasal Realiti Duka Berkongsi Suami