Malam tadi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya menumpaskan pasukan Negeri Sembilan sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan dan JDT merampas semula kedudukan pertama Liga Super.
Kemenangan 1-0 ini berjaya diraih selepas Fernando Forestieri membuat jaringan pada minit ke-100 di hadapan lebih 20,000 penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Saja lengahkan masa?
Perlawanan sengit tersebut sepatutnya berakhir dengan seri 0-0 namun dikatakan, perbuatan penjaga gol Negeri Sembilan Ahmad Syihan Hazmi yang dilihat sengaja melengah-lengahkan masa telah membuatkan pengadil memberi masa tambahan sekaligus membolehkan pasukan JDT menjaringkan gol tunggal mereka.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat Syihan Hazmi telah diberikan kad kuning gara-gara sengaja melengahkan perlawanan.
https://www.tiktok.com/@mi14._futboll/video/7096513751146335514?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Bukan itu sahaja, kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang dapat tengok Syihan ada membisikkan sesuatu ke arah ball boy di tepi padang sebelum budak tersebut dimarahi oleh pengadil kerana dilihat lambat mengutip bola di luar padang.
Tak cukup dengan itu, Syihan juga turut dilihat baring lama di atas padang kerana dikatakan cedera.
Ekoran ini, pengadil telah membuat keputusan untuk memberi masa tambahan waktu kecederaan selama 10 minit.
“Bazir masa lepastu kalah”
Menjengah ke Instagram Syihan, ramai netizen telah menyerang ruangan komen penjaga gol ini meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan tindakannya yang dilihat sengaja melengahkan masa sehingga membuat pasukannya sendiri kalah.
Korang rasa macam mana? Memang sebab dia ke kena tambah masa?
Baca: “Kepala otak kau” – [VIDEO] Tak Puas Hati Asyik Bolos, Penyokong Carut & Maki Pemain Selangor?