in

Individu Yang Beli Barang Dekat Lampu Isyarat Boleh Didenda RM 2,000

Lampu2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana individu yang membeli apa-apa produk daripada penjual di lampu isyarat bakal berdepan berdepan saman berjumlah RM2,000 kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain, lapor Kosmo!

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Tambahnya lagi, lokasi-lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah adalah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

Katanya lagi peniaga  dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

 

Baca : “Yang mabuk rempuh orang tak nak pulak denda” – Netizen Tak Setuju Penjaja Lampu Isyarat Dikenakan Denda RM100,000 di Terengganu

Lampu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.