in

Individu Sedih Beli Kasut Mewah Tapi ‘Barai’ Lepas 4 Kali Pakai, Rupanya…

nike airmax barai 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, ramai antara kita ini mempunyai minat yang boleh mencecah ribuan ringgit contohnya mengumpul figurines, beg tangan ataupun barangan vintaj.

Anda pernah tak dengar individu yang dipanggil sneakerhead? Mereka ini merupakan individu yang mengumpul dan berdagang kasut sneakers sebagai hobi dan biasanya berpengetahuan tentang sejarah kasut tersebut.


Dalam laman Twitter, pengguna @pedoqpop telah berkongsi rintihan seorang pembeli kasut yang kecewa dengan kasut Nike Air Max yang baru sahaja dipakainya sebanyak empat kali tetapi telah rosak.

nkeam

Tweet itu menyatakan individu tersebut telah membeli kasut tersebut kira-kira empat tahun lepas tetapi baru sahaja dipakai sebanyak empat kali.

Individu tersebut juga mencari solusi untuk masalah yang dialaminya itu, dia turut memberitahu resit kasut itu masih tersimpan dan bertanya kepada netizen lain jika dia boleh dapat sebarang claim kerana ia merupakan barangan Nike yang original.

“Simpan lama sangat tu” 

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen, rata-rata berkongsi pengalaman dan ada juga yang memberitahu tips penjagaan kasut yang sebetulnya.

nike

Okay, lepas ni kalau beli kasut, jangan simpan je tau! Pakai sentiasa! 

Baca: Kasut Pemain Badminton Jamaica Terkoyak, Coach Malaysia Bagi Pinjam Kasut Terima Pujian Netizen

2Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.