in

Individu Hantar Bungkusan Berisi Ganja Kepada Anwar Ibrahim & Rafizi?

collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pihak polis telah merampas satu bungkusan yang meletakkan nama penerima sebagai “YB Rafizi Bin Ramli & Anwar Ibrahim” yang dialamatkan ke Menara Prisma, Putrajaya.

Lebih mengejutkan, bungkusan tersebut mengandungi satu ubat gigi dipercayai diperbuat dari ekstrak ganja seberat 80 gram.


weed extract toothpaste economy ministry pdrm

Pihak polis mengetahui tentang perkara ini selepas mendapat aduan dari kakitangan Kementerian Ekonomi selepas salah seorang pegawai di sana mendapat panggilan dari hab perkhidmatan syarikat servis penghantaran di Pulau Meranti.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengatakan, berdasarkan maklumat yang mereka terima, dipercayai bungkusan tersebut mengandungi barang terlarang selepas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendapat kiriman daun ganja minggu lalu.

Bertindak atas aduan, dua pegawai polis dan pengadu telah pergi ke pusat penghantaran di Sepang pada 10 Mac lalu dan merampas bungkusan tersebut.

Siasatan juga mengesahkan bahawa bungkusan yang dirampas tiada kena-mengena dengan penama yang diletakkan pada parcel tersebut.

Polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau/putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ yang di dalamnya mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan ekstrak daun ganja (80 gram) yang ditemui dalam bungkusan kotak berwarna coklat.”

Polis mempercayai, bungkusan tersebut telah dibawa dipesan melalui platform beli belah dalam talian dengan menggunakan alamat di Indonesia dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Agak-agaknya apalah niat orang yang kirim ni ya?

Sumber: Harian Metro

 

Baca: Ramai Tak Setuju PMX Nak Jadikan Simpanan KWSP Sebagai Cagaran ‘Loan’ Bank

Screenshot 2023 03 14 at 11.21.56 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.