in

“Impian jadi kenyataan”- Nak Gigi Cantik, Wawa Zainal Pakaikan Anak Gigi Palsu Seawal 6 Tahun

Cats 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu bapa mesti akan sedaya upaya untuk tunaikan setiap hasrat anak-anak. Mesti akan rasa sedih dan bersalah kalau tak dapat tunaikan.


Sama macam pelakon ini, Wawa Zainal berjaya menunaikan impian anak keduanya yang bernama Hayla Maghfiratul Adziyaa yang berusia 6 tahun untuk memiliki gigi cantik dengan cara memakaikan gigi palsu.

Photo6321068734810270707

Menerusi perkongsian video di Instagram Wawa Zainal semalam yang mendapat lebih 800 ribu tontonan, dia menceritakan yang anaknya melalui prosedur yang sama dengan orang dewasa yang ingin memakai gigi palsu. Prosedur tersebut dilakukan oleh Dr Nazatul di Dental Valet Bangi.

“Untuk Hayla, Wawa buatkan crown dan gigi pelusu macam orang tua ni ha apa entah nama dia.”

Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin yang berusia 30 tahun itu beritahu yang anak perempuannya itu ditidurkan dahulu sebelum dibedahkan buang gigi.

Photo6321068734810270706

“Alhamdulillah lepas diorang bangun tak ada rasa sakit pun.”

Isteri kepada Aeril Zafrel ini juga menceritakan yang Attar iaitu anak sulungnya tidak pasang gigi memandangkan dia sudah berusia 8 tahun dan hanya biarkan giginya tumbuh sendiri, cuma buang gigi yang rosak sahaja.

 

Habis kena tuduh

Wawa berharap agar ibu bapa yang di luar sana jangan bersedih kalau anak-anak mengalami masalah gigi seperti anak-anaknya.

Menurut Wawa , ada juga netizen yang tuduh dia tak pandai jaga gigi anaknya padahal anaknya sudah gosok gigi dua kali sehari. Pandai-pandai je netizen ni buat cerita tau. Tak baik.

“Saya pun silap sebab lambat bawa anak saya jumpa dentist.”

Sebelum ini, pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel pernah dikecam oleh netizen sebab keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah dan tidak dijaga rapi oleh ibu bapa mereka.

Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak mereka,so, korang yang kat luar sana, jangan la cakap diorang tak pandai jaga anak. Masing-masing ada cara tersendiri. 

 

Sumber: Wawa Zainal

Baca:”Dia kahwin dengan kamu dan membuat…”- Wawa Zainal Dapat DM ‘Seram’ Dakwa Suami ‘Membuat’ Sesuatu Dengan Perempuan Lain

Capture 44

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.