“Imam ke valak ni”- Netizen Mengekek Tengok Apa Yang Berlaku Kat Pemuda Ini Masa Imamkan Solat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sudah jadi kewajipan kepada umat islam untuk menunaikan solat 5 waktu tak kira dalam apa jua keadaan dan dimana jua mereka berada.

Tapi apa yang berlaku kepada lelaki ini ketika dia mengimamkan kawan-kawannya memang cukup menghiburkan dan tak disangka-sangka.

Apa kata korang tengok sendiri video kat bawah ni :

Dalam video berdurasi 9 saat yang dikongsikan @ZulhelmiZulkefli di twitter, nyata mengundang gelak tawa netizen.

Mana taknya individu yang dikenali sebagai Kamel pada ketika kejadian sedang mengimamkan kawan-kawannya sebelum langsir yang tergantung di hadapannya terselak tinggi sehingga menutupi kepalanya.

Dapat dilihat perakam video tersebut cuba menahan ketawa akibat daripada perkara itu, malah rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu, siap kongsikan pengalaman masing-masing lagi.

 

“Ya Allah besarnya dugaan aku harini(tahan gelak)…”

Sumber: twitter

 

“Husnuzon…dia uzur”

sumber: twitter

 

“Ni kalau sorang tergelak, tobat berjemaah gelak sekali…”

sumber: twitter

 

Alahai menguji iman betul, nasib baik imam and makmum rileks tak gelak.

Baca : Ingatkan bangla mana Lelaki Tak Sangka Jadi Imam Kepada Remy Ishak Masa Solat Bersama di Surau

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.