in

“I’m out” – Pening Terpalit Kes Bella-Aliff-Ruhainies, Caprice Buat Keputusan Tak Mahu Terlibat

Caprice Tak Mahu Tolong Sarah Yasmine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan negara bergegar malam tadi apabila wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine telah mendedahkan beberapa screenshot WhatsApp penuh kontroversi yang mendapat perhatian ramai.

Perbualan WhatsApp yang didakwa di antara pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies itu telah memetik beberapa nama termasuklah rappers dan aktivis sosial terkenal, Caprice sebagai salah satu individu yang didakwa terlibat dalam kes ini.


Images 1

Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” – Caprice Ulas Isu Bella Astillah ‘Curang’ Dengan Pelakon Muda Untuk Buat Suami Cemburu

Artikel berkaitan: Diserang Netizen Sebab Kutuk Bella, Chacha Bersuara & Dedah ‘Voice Note’ Ruhainies

Caprice didakwa dalang Aliff tak cerai Bella? 

Menerusi perkongsian IG story Sarah Yasmine, Caprice dikatakan mengetahui hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura itu.

Dakwanya lagi, video melibatkan Bella dan Muaz Zabir yang tular baru-baru ini menerusi TikTok Edisi Umat juga katanya adalah hasil suntingan Caprice.

Img 6353

Dia tahu hubungan di antara mereka (Aliff dan Ruhainies), namun dia masih tolong. Edisi Umat? Dia. 

“Yang tolong sunting video tentang Bella dan Muaz? Dia. Semua benda datang dari dia,” dakwanya Sarah.

Katanya lagi, Caprice juga didakwa individu yang menasihati Aliff agar tidak bersetuju untuk berpisah semasa sebutan kes perceraiannya dengan Bella pada 4 April lalu.

 

Sarah mendakwa, ini kerana mereka sudah mempunyai rancangan untuk menyebarkan keburukan Bella dengan lebih banyak.

Yang suruh Aliff kata saya tidak setuju bila hari mahkamah? Ia adalah Caprice juga sebab rancangan dia dan perempuan itu apa? 

“Mereka nak aibkan Bella lebih dan Aliff tahu, sikit pun saya tidak sokong,” katanya lagi.

Img 6348

Caprice tampil beri penjelasan, tidak mahu terlibat kes ini lagi 

Susulan pendedahan Sarah lewat malam tadi, Caprice tampil memberi penjelasan dengan menunjukkan bukti 400 gambar, video dan tiket penerbangan berkaitan Bella dan Muaz sebagai bukti terhadap semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Caprice nasihat Aliff serah segala bukti 400 lebih gambar, video kepada pihak polis. Dia buat sebelum raya. 

“Cuma Aliff tidak bagi tahu siapa-siapa atau media atau membuat hantaran di media sosial,” jelasnya.

Img 6349

Caprice juga dedah yang Sarah ada menghubunginya untuk meminta pertolongan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Namun niatnya untuk mempertemukan mereka hari ini (Khamis) terbatal apabila Sarah menukar ‘rancangan’ dan membuat pendedahan di IG story miliknya sejak Isnin lalu.

Caprice juga menerusi posting terbaru di Instagram mengatakan dia tidak mahu terlibat lagi dalam isu ini dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Dia yang minta tolong… tapi bila kita dapat semua pihak untuk berdamai dekat rumah Cap esok pagi 11 am, tiba-tiba dia sendiri tukar plans last minute.

I’m out. I’m done trying to help or bantu cover kes masing-masing,” katanya.

Apa-apapun sehingga setakat ini masih belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan bagi pihak Aliff, Ruhainies mahupun Bella sendiri ketika artikel ini ditulis.

Harapnya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tak pasal-pasal banyak nama yang kena petik. 

Sumber: mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.