in

“I’m gonna build six packs” – Tony Fernandes Akui Pernah Kena ‘Body Shaming’, Ingin Buat Perubahan

tony 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak sedih kalau kena body shaming, betul tak? Selalunya mereka yang berbadan besar lebih mudah diejek dan dikecam kerana mempunyai berat badan yang berlebihan. Nampak seperti berjenaka, tapi ia boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Walau bagaimanapun, usahawan syarikat penerbangan AirAsia, Tony Fernandes menyatakan hasrat mahu membuat perubahan terhadap dirinya selepas pernah diejek kerana berbadan besar.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Tony pernah kena body shaming banyak kali?

Kata Tony, dia pernah diejek berkali-kali sebelum ini kerana berbadan besar. Walaupun teringin nak makan coklat.

I’ve always craving chocolate, but look. I’ve been body shamed many times. So I’m gonna build six pack. So, I’m trying to get rid of that crave.

Untuk nampak lebih fit, Tony juga berhasrat untuk membina 6 pack pada tubuhnya. Jadi, dia sedang berusaha untuk tidak makan snek kesukaannya itu.

Tony dah makin kurus

Selepas itu, Tony membuat tour jalan-jalan sekitar pejabat AirAsia dan tempat kegemarannya adalah di lobi terbuka, di mana orang ramai boleh berjumpa tidak kira apa status jawatan.

Artikel berkaitan: Restoran Karen’s Diner Dibuka Di Jakarta, Tapi Wujud Pergaduhan Sebab Body Shaming Pelanggan

Artikel berkaitan: “Don’t hate yourself” – Wanita Sedih Pernah Kena ‘Body Shaming’, Beri Nasihat Untuk Wanita ‘Plus Size’

It’s where everyone meets. We have no hierarchy. Everyone gets to see each other. Every gets to talk.. the fact is you can see everybody. Airlines are very compartmentalized.. but having this space, we allow everyone to get know each other.

Tony ditanya, adakah dia pernah menaiki papan gelongsor yang berada di lobi tersebut. Jawab Tony, dia sudah menaiki papan gelongsor itu banyak kali kerana badannya sudah semakin kurus.

Yeah, many times and it’s getting easier cause I’m getting thinner.

Video yang dimuat naik oleh Tony sendiri di Instagram telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai antara mereka menyokong semangat Tony untuk membuat perubahan terhadap diri sendiri.

tony 1 tony 2

Wah! Min kagum dengan azam Tony Fernandes. Fly high sir!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.