Indah khabar dari rupa! Mesti korang pernah rasa menyesal sebab tertipu dengan iklan. Ye lah mana tak nya, dalam iklan punyalah menarik, besar, mengiurkan, tapi bila dah beli. Hmmm..
Namun baru-baru ini menerusi Facebook rasmi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), memberi amaran bahawa pengiklan tidak dibenarkan membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau melampau dan iklan yang tidak menepati gambaran sebenar barang atau perkhidmatan.
https://www.facebook.com/mykpdnhep/photos/a.228805737462296/1224236384585888/?type=3&theater
Jelas KPDNHEP, antara contoh iklan yang keterlaluan sehingga mengelirukan pengguna adalah seperti iklan makanan burger yang tidak sama seperti realiti ketika dibeli. Ini kerana burger yang digambarkan di dalam iklan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar dengan daging yang tebal, sedangkan burger sebenar yang dijual di kedai adalah kecil dan nipis.
KPDNHEP boleh mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang mengelirukan, memperdaya atau membuat representasi palsu dan amalan tak saksama di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.
Baca: “Saya setuju” Dr Amalina Sokong Cadangan Penasihat PM Untuk ‘Ban’ Semua Iklan Produk Putihkan Kulit