in

“Ikhlas ke tak buat kerja?” – [VIDEO] Pemuda Kongsi Pengalaman Terima Vaksin, Petugas PPV ‘Suntik Ganas’?

Fi Cucuk Vaksin Sampai Berdarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa bulan yang lalu, kerajaan telah berusaha untuk memberi suntikan vaksin kepada semua sebagai satu usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini.


Namun tak dapat dinafikan, mesti antara kita ramai yang takut ataupun ‘fobia’ dengan jarum suntikan ini. Macam apa yang dilalui oleh pemuda ini ketika menerima suntikan vaksin, boleh kita kategorikan agak ‘ekstrem’.

 

Petugas suntik vaksin dengan kasar?

Sejak beberapa hari lalu, viral sebuah video apabila seorang lelaki ini didakwa diberi suntikan secara kasar oleh petugas di sebuah PPV.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @amirulasyari, dia didakwa menerima suntikan vaksin di PPV Kuala Lumpur Convention Centre.

Setelah tiba di sana, Amirul seperti yang lain akan menunggu gilirannya, Namun ketika proses vaksinasi dijalankan, Amirul mendakwa bahawa petugas berkenaan melakukan tugasnya secara ‘kasar’. Hasilnya, darah daripada lengan pemuda berkenaan mengalir sejurus syringe ditarik keluar. Ganas betul.

Cucuk Vaksin Sampai Berdarah 1

Walau bagaimanapun, Amirul menyatakan bahawa niatnya memuat naik video ini adalah bukan untuk menakutkan orang lain. Tujuannya adalah untuk menunjukkan tindakan petugas itu yang dianggap tak wajar oleh Amirul.

Reak Cucuk Vaksin Sampai Berdarah 1

 

Tak ada kesan buruk terjadi

Setelah video itu dimuat naik, ramai yang bertanyakan keadaan Amirul sebab tindakan petugas itu boleh dianggap agak ngeri untuk dilihat oleh orang lain.

Namun menerusi sat posting terbaru dimuat naik di akaun TikToknya, Amirul menyatakan bahawa keadaannya baik sahaja sambil menunjukkan lengan yang dicucuk itu hari.

@amirulasyari

Answer to @eyyowaaa #fypシ #foryou

♬ original sound – amirulasyari – amirulasyari

 

“Awat ni macam nak pi bergaduh cara cucuknya”

Menjengah di ruangan komen, nyata ramai netizen yang seakan ‘seram’ dengan apa yang dikongsikan oleh Amirul. Selain itu, ramai juga yang mengkritik tindakan petugas berkenaan seolah-olah seperti dia tak ikhlas melakukan tugasnya.

Reak Cucuk Vaksin Sampai Berdarah 3 Edit Reak Cucuk Vaksin Sampai Berdarah 4 Edit Reak Cucuk Vaksin Sampai Berdarah 2 Edit

Terkejut juga min tengok. Apapun, korang yang belum cucuk vaksin tu jangan takut ya. Seorang buat macam tu, tak bermaksud yang lain pun akan buat benda yang sama. 

 

Baca : “Bunyi mcm neran bersalin” – [VIDEO] Lelaki Menjerit Takut Nak Cucuk Vaksin, Member Terpaksa Pegang Ramai-ramai

Foot Cucuk Vaksin Sampai Berdarah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.