in

Ikan Berwajah Khinzir Ditangkap, Ramai Persoal Tindakan Pelaut Bunuh Tanpa Sengaja

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sekumpulan petugas kapal tentera laut di perairan Darsena Medicea Portoferrario di Elba, Itali menemui seekor ikan yang berwajah pelik. Difahamkan, ikan itu telah ditangkap dan ditarik naik ke atas kapal oleh kru.


Sekali pandang, anda akan menyangka gambar ikan ini telah disunting kerana wajahnya yang pelik. Namun, ikan dari spesies Oxynotus Centrina ini memang wujud dan dikenali sebagai hiu berwajah khinzir.

1 4

Pada mulanya, mereka menyangka ia merupakan ikan jerung. Namun, pelaut di atas kapal terkejut apabila melihat wajah ikan yang seakan-akan khinzir kerana hidungnya yang besar.

Meskipun ikan tersebut ditemui beberapa minggu lalu, penemuan ikan berwajah khinzir ini mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik di media sosial.

Hantaran itu tular dan menerima kritikan ramai yang mendakwa ikan hiu itu telah ditangkap dan dibunuh secara tidak sengaja.

2 2

Difahamkan, ikan ini diklasifikasikan sebagai hidupan terancam kerana jarang ditemui dan kebiasaannya hidup 700 meter di bawah permukaan laut.

Ikan hiu kebiasannya mendiami Lautan Antlantik Timur dan Laut Tengah. Ikan berwajah unik ini terkenal dengan kepalanya yang lebar.

 

Sumber: DailyStar

BACA: “Jangan panik, ini normal” – [VIDEO] Ratusan Ikan Puyu Naik Ke Daratan Di Tanjung Karang, Selangor

Capture 9

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.