in

Pendakwaan Ismail Sabri Ditangguh Ke 27 Ogos, Bakal Jalani Prosedur Jantung Di IJN

Syaz Ft 2026 08 07T101309.480

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan ke 27 Ogos depan. Penangguhan berkenaan dibenarkan Mahkamah Sesyen selepas dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Bera itu perlu menjalani prosedur memasang alat perentak jantung (pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili beliau, Datuk Amer Hamzah Arshad sewaktu prosiding di hadapan Hakim Suzana Hussin pagi ini.


Sebelum ini, difahamkan prosiding terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen bagi membolehkan pertuduhan dibacakan.

Artikel berkaitan: Mantan PM Datuk Seri Ismail Sabri Lulus Viva PhD Pada Usia 65 Tahun

Artikel berkaitan: Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta, SPRM Sita Wang Tunai RM170 Juta & Jongkong Emas 16kg

Pengesahan mengenai perkara itu dibuat oleh peguam beliau, Ragunath Kesavan sewaktu dihubungi pihak media sebentar tadi.

“Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana,” katanya.

Walau bagaimanapun, semua pihak yang terlibat perlu hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengemukakan permohonan rasmi bagi memindahkan prosiding pendakwaan ke IJN.

355806

Kes yang dihadapi oleh Ismail Sabri dipercayai mempunyai kaitan dengan isu perisytiharan harta. Sebelum ini, beliau telah dipanggil beberapa kali oleh SPRM bagi membantu siasatan dan merakam kenyataan berhubung perkara tersebut.

Dalam siasatan berkaitan kes rasuah serta pengubahan wang haram yang melibatkan beliau, pihak SPRM dilaporkan telah merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing. Selain itu, menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan berkenaan dilakukan hasil penggeledahan di premis kediaman dan pejabat yang dipercayai difungsikan sebagai ‘rumah selamat’, susulan penahanan empat pegawai kanan Ismail Sabri pada Februari 2025.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.