in

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Didakwa Untuk Lakonan Semula

Syaz Ft 2024 06 10T110725.697

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan mengenai kes kematian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan, kini sedang giat dijalankan, selepas ibu bapa kepada kanak-kanak itu ditahan reman untuk soal siasat.


Terbaru, menurut laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak itu dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai dipercayai bagi melakonkan semula kejadian tersebut.

Suspek dikatakan tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke Blok R di kediaman terbabit.

Artikel berkaitan: Kes Zayn: Polis Maklumkan Ada Percanggahan Keterangan Ibu, Bapa Dan Saksi

Artikel berkaitan: “Ibu tahu Zaim tak salah” –  Keluarga Bapa Zayn Minta Keadilan Ditegakkan

2426762

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Malah, anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Sebagai info, pada hari Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.