in

Ibu Tergamak Buang Anak Perempuan Umur 11 Tahun, Lepas Dapat Suami Baru

ft ibu buang anak 11 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai setahun berkahwin baru, si ibu tergamak ‘membuang’ anak kandungnya sendiri yang berusia 11 tahun, alasannya tidak mahu menjaganya selepas berkahwin dengan suami baru.

Malah suami yang dikahwininya tak sampai setahun itu dilaporkan tidak mahu kanak-kanak itu ada dengannya selain mendakwa anak itu bermasalah.


Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pengurus sebuah Pertubuhan Kebajikan TBQ Amal di Johor, Herman Sudil menerusi Facebook miliknya.

360136142 276238588326556 9153331107742700912 n

“Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baharu yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapa tiri kata anak ini ‘masalah’.”

“Tolonglah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah. Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.”

“Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri. Kalau lari rumah, tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita, bukan lepak dengan kawan,”

Menerusi Kosmo! Herman juga mempersoalkan si ibu sama ada dia terfikir atau tidak sebarang kemungkinan mengapa anaknya enggan duduk serumah dengan bapa tiri jika ibunya tiada di rumah.

“Ini bapa tiri kedua. Sebelum ini bapa tiri yang lain okay saja, dia tak buat masalah. Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak.”

“Jangan pandai buat anak, tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin saja, tetapi bodoh nak pertahankan anak.”

“Pengurus wanita kami tengah selesaikan di balai polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal. Emak dia rela hati tandatangan apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia.”

Herman turut pelik dengan sikap ibu yang sanggup bertindak sedemikian, apa pun beliau berharap agar ada rezeki buat anak ini.

Baca : Wanita Kongsi Luahan Benci Menjadi Seorang Ibu, Rasa Nak Buang Anak Sendiri

bfsgfaW

Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.