in

“Ibu reda kalau abang nak pergi” – Mangsa Keropok Beracun Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Ibu

mangsa keropok beracun hembus nafas terakhir di sisi ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes dua adik beradik termakan keropok beracun yang digantung di pagar rumah amat memilukan hati kita semua apabila salah seorang daripada mereka, Muhammad Akil Syauqi,yang berusia 3 tahun dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Ibu kepada Akil Syauqi iaitu Nurain Hasnorizal memaklumkan dia berkesempatan mengusap pipi dan tangan anaknya sebelum kanak-kanak itu pergi buat selamanya.


“Ibu reda kalau abang nak pergi…” bisik si ibu kepada anak sulungnya.

Nurain berkata, sejak semalam doktor sudah memaklumkan yang keadaan kesihatan anak sulungnya itu merosot dan meminta ahli keluarga bersiap sedia berdepan segala kemungkinan. Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya ketika lawatan pada jam 7 pagi tadi.

Artikel berkaitan: Kes Dua Beradik Makan Keropok Beracun, Abang Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Saya fikir anak-anak” – Ibu Kanak-kanak Mangsa ‘Keropok Beracun’ Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

Screenshot 2024 07 10 151339

“Saya bercerita mengenai waktu kecilnya dan pegang tangan serta bisikkan di telinga bahawa saya reda jika dia mahu ‘pergi’ dulu.

“Saya lihat keadaannya makin tidak memuaskan sebelum membaca surah Yasin dan tidak lama kemudian dia menghembus nafas kira-kira 8.30 pagi tadi,” katanya.

Mengulas lanjut, anaknya seorang yang mudah dijaga dan bukan seorang yang memilih makanan seperti sesetengah kanak-kanak.

Dalam pada itu, Nurain mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kedua-dua anaknya.

keropok ada racun tikus

Difahamkan, seorang lagi iaitu Muhammad Luth Syauqi yang berusia 2 tahun masih kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Keadaan adik (Muhammad Luth Syauqi) dilihat baik dan doktor masih berusaha merawatnya.

“Sedih lihat keadaannya, sama-sama berdoa dan semoga ada keajaiban dari Allah SWT.”

Sementara itu, Nurain memaklumkan dia dihubungi ibu kepada penduduk yang didakwa meletakkan racun dalam keropok itu dan dia turut menyatakan maaf.

Semoga keluarga mangsa tabah. Sama-sama kita doakan untuk si adik kembali sembuh.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.