Ada dalam kalangan kita, bulan Ramadan adalah masanya berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Tidak kira jauh atau dekat, pasti akan mengambil peluang untuk berbuka bersama walaupun untuk sehari.
Si ibu yang berperanan menyiapkan makanan pula pastinya mahu menghidangkan juadah yang terbaik buat anak-anaknya walaupun anak itu sudah berkeluarga.
Namun, usaha yang dilakukan ibu bapa ada kalanya tidak dihargai oleh ahli keluarga sendiri.
Artikel berkaitan: Bapa Yang Baik, Tapi Seorang Anak Derhaka Pada Ibunya….
Artikel berkaitan: Pendakwah Tegur Lelaki Sengaja Buka Puasa Sebab Nak Teman GF Datang Bulan Makan
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 60 tahun ini yang rasa terkilan dengan anak-anaknya kerana kerap iftar di luar tanpa memberitahu awal kepada orang rumah.
Menerusi perkongsian video di Instagram Sinar FM, bapa menyatakan bersusah payah si ibu menyiapkan juadah dalam kuantiti banyak tetapi akhirnya bazir begitu sahaja kerana tidak dijamah oleh anak-anak.
Kecewa dengan tindakan anak-anak, si ibu hanya akan membebel kepada bapa sehingga membuatkan dia mula rasa tertekan.
“Hari-hari hadap benda macam ni. Cakaplah dengan ayah. Nak buka dekat luar ayah tak marah tak perlu ayah masak banyak.
“Bila cakap dengan isteri, dapat jawapan negatif. Jadi pada siapa saya nak luah? Kita simpan, simpan, simpan tapi tak tahan. Saya betul-betul frust. Saya dah la ada masalah jantung,” luahnya.
View this post on Instagram
Katanya, sudah berkali-kali menegur anak-anak tentang perkara itu, namun perkara sama terus jadi berulang kali.
Dalam luahan itu, penyampai radio cuba memberi saranan makanan lebihan terbabit dipanaskan untuk sahur bersama, namun kata lelaki itu anak-anaknya tidak bangun sahur.
Jelas kedengaran nada lelaki itu begitu kecewa apabila mengenangkan sikap anak-anaknya yang masing-masing sudah pun menjangkau usia dewasa.
Sumber: Instagram