in

Ibu Beri Contoh Tidak Baik, Selamba Curi Jam Tangan Depan Anak

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ibu Beri Contoh Tidak Baik, Selamba Curi Jam Tangan Depan Anak
Loading
/

Sebagai seorang ibu, antara tugas penting yang perlu dilakukan adalah menunjukkan teladan dan sikap yang baik kepada anak-anak.


Tetapi tidak bagi seorang ibu ini yang terang-terangan berikan contoh yang tidak baik kepada anaknya. Wanita itu dirakam mencuri dua jam tangan di depan anaknya sendiri!

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pusat Membeli Belah Amanjaya di Sungai Petani, Kedah.

Mengikut pengirim video itu,

Mereka minta potongkan tali jam tangan. Dalam masa yang sama, mereka ‘rembat’ jam sekaligus. Tak malu ke, awak tu dah la perempuan?”

Melalui rakaman CCTV itu, pasangan anak beranak berkenaan berpura-pura seperti sedang mencari dan melihat barangan tanpa dilayan oleh pekerja kedai berkenaan.

Anaknya kemudian menuding jari dan menunjuk ke arah sebuah jam tangan berwarna hitam lalu wanita berkenaan terus mengambil kotak jam itu untuk melihat dengan lebih dekat.

M1
sumber: facebook
M2
sumber: facebook

Secara senyap, dia kemudian mengeluarkan jam tangan itu dan meletakkan semula kotak yang sudah kosong di tempat asal. Dia selamba mencuri depan anak.

M3
sumber: facebook

Kedua-dua mereka kemudian menggunakan taktik yang sama untuk mencuri sebuah lagi jam di dalam kotak berwarna merah jambu. Cara yang sama, selepas ambil jam tangan, mereka meletakkan semula kotak yang kosong supaya pemilik kedai tidak perasan akan tindakan mereka itu.

M4
sumber: facebook
M5
sumber: facebook
M6
sumber: facebook

Video dan gambar yang dimuat naik oleh Koo Tan Bo itu kemudian mendapat perhatian ramai serta komen daripada netizen.

Tak mampu, tak payah la pakai. Kenapa sampai nak mencuri. Tak malu ke kalau kena tangkap. Biar malu hidup susah dari malu kena tangkap mencuri.”

Sedihnya.  Ibu dan anak mencuri jam bersama-sama. Rosak masa depan anak.”

Harap-harap anak dia belajar bersungguh- sungguh dan tahu bahawa mencuri itu salah. Hmmm

Tonton video itu di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.