Sebelum ini, ibu Aliff Aziz meluahkan isi hatinya yang sedang sedih di akaun Instagram miliknya susulan kontroversi yang tercetus membabitkan anaknya ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies.
Terbaharu, menurut laporan Harian Metro, ibu kepada pelakon dan penyanyi itu, Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti atau unfollow menantunya, Bella Astillah di Instagram. Manakala, Bella Astillah dilihat masih lagi mengikuti ibu mentuanya.
Dalam pada itu, sebuah hantaran dimuat naik Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ mendapat pelbagai reaksi netizen.
Artikel berkaitan: “Mengadulah kepada-Nya” – Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Menyentuh Hati, Nasihat Agar Doa Rawat Masalah
Artikel berkaitan: Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak
View this post on Instagram
Netizen minta henti menyebelahi anak
Di ruangan komen hantaran itu, netizen meminta ibu kepada Aliff itu agar tidak sentiasa menyebelahi anaknya. Namun, ada juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat keluarga mereka.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story hari ini, Aliff dipercayai sudah pulang dan berada di pangkuan keluarganya di Singapura.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Hafiza turut berdoa agar segala kesulitan yang dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir.
Dalam rakam video terbabit, kelihatan Aliff sedang membacakan doa yang turut disertai oleh bapanya.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.
Sumber: Harian Metro, Instagram