in

“Ia buat kita selesa” – Pakar Dedah Kenapa Wajah Suami & Isteri Selalunya Ada Persamaan

sama 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak ada sesetengah pasangan yang baru berkahwin ni, muka mereka nampak serupa. Kalau tak pun, lepas mereka dah hidup bersama pasti ada persamaan yang ketara pada wajah.

Satu perkongsian video oleh pakar, Doktor Zamir Mohyedin di TikTok miliknya, dia mendedahkan sebab kenapa wajah pasangan suami isteri kelihatan serupa seperti adik-beradik.


Muka nampak serupa, agak-agak kenapa?

Menurut Doktor Zamir yang juga seorang ahli fizik berkata, saintis pernah membuat kajian tentang perkara ini dan mendapati bahawa manusia sukakan perkara yang menjadi kebiasaan bagi mereka ataupun disebut familiarity (kebiasaan).

Artikel berkaitan: “Kami kongsi banyak persamaan” – Shila Amzah Bercinta Dengan Ubai?

Artikel berkaitan: “Banyak lagi persamaan lain”- Dyana Sofya Kena Kecam Netizen Lepas Cakap Dia Tak Sama ‘Level’ Dengan King Coco

Walaupun kecantikan itu adalah subjektif, tetapi di sebalik kecantikan itu ada familiarity. Kita suka sesuatu lukisan itu sebab kita familiar dengan kita.

Dia memberi contoh lain yang mana ada segelintir orang tidak sukakan lagu zaman sekarang kerana mungkin mereka dibesarkan dengan lagu zaman 90-an dan terbiasa mendengarnya.

Sama juga dengan masakan mak kita. Kita sukakan masakan tu sebab kita familiar dan dah biasa dengan masakan tu. Kita suka makanan Malaysia sebab kita membesar dengannya.

Persamaan bagi kita rasa selesa

Selain itu, apa jua perkara yang sudah menjadi kebiasaan selama ini ia akan memberi seseorang itu rasa selamat dan selesa. Oleh itu, kita akan cenderung dengan orang yang hampir sama wajah dengan kita.

Sebab hari-hari kita tengok cermin, kita perhatikan wajah kita.. suka tengok wajah kita. Sebab itulah kita berkecenderungan memilih pasangan yang hampir serupa walau kita tak sedar benda tu.

Dia tidak menafikan ada segelintir orang berkahwin dengan bangsa lain ataupun warga asing. Namun, kebanyakan orang akan berkahwin dengan bangsa sendiri kerana mereka sudah terbiasa.

Kajian 2 lukisan Leonardo da Vinci

Walau bagaimanapun, dia juga pernah membuat kajian antara dua lukisan milik Leonardo da Vinci iaitu potret Monalisa dan Salvator Mundi. Hasil pemerhatian, lebih 70% orang sukakan potret Monalisa dan mungkin mereka sudah terbiasa melihat lukisan tersebut.

sama 1
Sumber: The Riverdale Press

Sebab lukisan Monalisa ni lebih familiar.. lebih popular. Banyak ditayangkan dalam televisyen, filem, animasi. Lukisan Salvator Mundi mungkin orang tak pernah nampak, jarang dengar.. orang pun mungkin tak tahu walaupun kedua-dua lukisan oleh pelukis yang sama iaitu Leonardo da Vinci. Jadi itulah penjelasannya iaitu familiarity.

@zamirmohyedin

Kenapa lazimnya pasangan suami isteri serupa? #zamirmohyedin #psikologi #familiariti #suamiisteri #CapCut

♬ original sound – Dr. Zamir Mohyedin – Dr. Zamir Mohyedin

Di ruangan komen, ramai netizen memberi contoh wajah orang terkenal dan ada juga yang sempat berjenaka.

sama 3

sama 2

Patutlah min tengok orang kahwin, ada yang nampak serupa!

Sumber: TikTok, The Riverdale Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.