Bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, kebanyakan pelajar universiti akan mula bersiap-sedia untuk menjalani peperiksaan akhir.
Sebelum ini, disebabkan kes penularan Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, para pelajar terpaksa menjalani kelas dan juga peperiksaan secara dalam talian (online).
Namun, baru-baru ini telah tular satu berita di mana pelajar menzahirkan rasa bimbang atas tindakan pihak universiti yang membuat keputusan agar peperiksaan akhir kali ini dijalankan secara fizikal.
Isu kebimbangan ini telah disuarakan oleh para pelajar Universiti Malaya (UM) menerusi sebuah page di Facebook UM Confession kerana dikatakan para pelajar universiti ini terpaksa menduduki peperiksaan akhir secara fizikal bermula hari ini (7 Februari 2022).
https://www.facebook.com/LuahanUniversitiMalaya/posts/236695341992050
https://www.facebook.com/LuahanUniversitiMalaya/posts/236692968658954
https://www.facebook.com/LuahanUniversitiMalaya/posts/236695001992084
Menurut segelintir pelajar di page tersebut, kebimbangan untuk menjalani peperiksaan akhir di kampus secara fizikal tidak akan berlaku sekiranya kes terkini Covid-19 tidak meningkat.
Kebimbangan mereka itu telah mendapat perhatian pihak Universiti Malaya Students’ Union (UMSU). Mereka juga telah meminta pihak universiti agar mengadakan peperiksaan akhir tersebut secara dalam talian seperti sebelum ini berikutan peningkatan kes Covid-19 kini agak membimbangkan.
“Perhimpunan secara beramai-ramai di dewan peperiksaan akan mendedahkan dan meningkatkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar,” kata pihak UMSU.
https://www.facebook.com/LuahanUniversitiMalaya/posts/236683865326531
https://www.facebook.com/LuahanUniversitiMalaya/posts/236697338658517
Tambah mereka lagi, para pelajar yang terpaksa menjalani kuarantin sepatutnya diberi pilihan untuk menangguh peperiksaan mereka ke satu tarikh yang baru. Hal ini kerana pihak UMSU faham bahawa situasi para pelajar yang stress memikirkan peperiksaan yang bakal mereka jalani tambahan lagi dengan peningkatan kes yang berlaku kini.
Diharapkan agar pihak universiti dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini dalam masa yang terdekat supaya penularan jangkitan Covid-19 dapat dielakkan.