in

“Hubungan kedua-dua isteri baik” – PU Abu Bahagia Berpoligami, Sudah Rujuk Dengan Isteri Kedua

ft PU Au dan dua isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini berkenaan dengan perkahwinannya dengan isteri kedua, Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu mendedahkan rumah tangga dengan kedua-dua isterinya, Ain Afini dan Hana Azraa kini dilimpahi kebahagiaan.

Memetik laporan Harian Metro, PU Abu menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi kes rumah tangganya bersama dua isterinya itu menjadi buah mulut orang ramai dan menjadi isu lagi.


“Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan berpoligami ketika ini. Hubungan kedua-dua isteri juga baik, cuma kami masih belum ada kesempatan untuk beraya bersama sebagai keluarga besar kerana saya bertugas di Madinah.”

Screenshot 2023 06 22 172830

PU Abu turut mendedahkan bahawa dia dan Hana (isteri kedua) sudah rujuk sejak 2 tahun lalu selepas mereka bercerai pada April 2020.

“Sebagai lelaki, segala urusan cerai dan rujuk itu datang daripada saya kerana saya yang melafazkannya. Saya juga mahu bina keluarga yang lebih baik dan bahagia ketika ini. Pada masa sama, saya harap doa dan sokongan dari semua.”

Bagaimanapun, PU Abu akui dia masih lagi menerima kecaman di media sosial susulan dengan isu rumah tangganya yang menjadi hangat sebelum ini.

Screenshot 2023 06 22 173018

“Saya masih dikecam di TikTok dan kontroversi rumah tangga sebelum ini beri kesan negatif pada saya dan keluarga.”

Dalam pada itu, PU Abu juga ada kongsikan tips kehidupan berpoligami, katanya kesabaran adalah kunci kekuatan sesebuah rumah tangga yang dibina.

“Bukan rumah tangga yang berpoligami saja tetapi rumah tangga secara umum kerana kes cerai bukan babitkan poligami semata-mata. Peranan suami penting untuk membentuk rumah tangga yang bahagia.”

Memandangkan ada 2 isteri dan 5 anak, PU Abu percaya keberkatan rezekinya sebagai ketua keluarga untuk menyara mereka.

“Saya kini bertugas sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi, Persada Global Holidays, sejak Ogos tahun lalu.”

“Saya bertugas di Madinah selama setahun sebelum ini dan hanya kembali ke tanah air, tiga bulan sekali untuk bersama keluarga. Selalunya, saya buat panggilan video dengan anak-anak setiap hari.”

Screenshot 2023 06 22 173115

“Selain itu, saya juga menguruskan perniagaan kursus motivasi di sekolah-sekolah dan syarikat korporat. Dua isteri juga turut menceburi perniagaan.”

Sebelum ini, nama Hana pernah menjadi hangat berikutan dengan kecaman hebat netizen, ia kerana perkahwinannya dengan PU Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019.

Baca : [VIDEO] Hampir 3 Tahun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Hana Azraa Kembali Berbaik Dengan PU Abu?

ft hana baik balik dengan Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.