in

“Hubungan bibik & anak rapat atau tidak, itu tetap anak saya” – Dr Afifah Respon Isu Bibik Cium Anak

ft nubhan afifah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek baru-baru ini tampil memberikan penjelasan susulan dengan kontroversi melibatkan pembantu rumah yang didakwa mencium anak lelakinya di bibir ketika berada di hospital baru-baru ini.

Katanya, tindakan membuat perkongsian itu bukanlah bertujuan untuk mencetuskan salah faham, sebaliknya bimbang dengan tahap kesihatan anaknya yang pada waktu itu sedang mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.


Artikel berkaitan : Nubhan Nafi Dakwaan Bibik Cium Anak Sakit, Jelaskan Situasi Sebenar

Artikel berkaitan : Nubhan Bawa Anak ‘Lepas Rindu’ Dekat Bibik, Ini Respon Dr Afifah

Jelasnya, ia hanyalah luahan perasaan secara spontan apabila melihat situasi tersebut berlaku di hadapannya.

“Saya cuma tidak berpuas hati sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab.”

“Perkongsian saya tempoh hari adalah untuk menyatakan perasaan saya yang melihat situasi (cium) itu berlaku. Normal untuk orang datang hospital perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan pastikan kebersihan semua terjaga. Saya tak tahu kenapa masih ada yang tak faham.”

  Screenshot 2025 12 15 173214

Jelasnya kepada mStar, tiada isu keakraban antara mereka sehingga memberi hak kepada seorang pembantu rumah untuk bertindak mencium anaknya.

Sebagai seorang ibu, Dr Afifah mengatakan bahawa dia berhak menegur sesiapa sahaja jika merasakan kesihatan anaknya berada dalam risiko.

“Sama ada hubungan bibik dan anak saya rapat atau tidak, itu tetap anak saya. Timbul isu disebabkan mereka rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu dengan anak saya.”

“Walaupun Nubhan datang hospital tak pakai pelitup muka, kalau saya rasa ia akan membahayakan kesihatan anak, saya akan tegur.”

Screenshot 2025 12 15 173151

“Tapi bibik dah tentu-tentu tiada hubungan dengan anak saya, tak tahu sejarah kesihatan lampau dia di Indonesia. Jadi saya tak rasa layaklah untuk dia berada dengan anak saya dan mencium.”

Mengulas penafian Nubhan tentang berlakunya insiden mencium seperti yang didakwa, Dr Afifah mengatakan dia kini sedang mempertimbangkan tindakan seterusya.

“Buat masa kini, saya tengah fikir nak buat macam mana, sama ada buat laporan polis atau tidak. Bagi saya fikir dulu tindakan seterusnya disebabkan saya juga sedang sibuk uruskan anak keluar hospital.”

Screenshot 2025 12 15 173119

“Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa-apa kerana tiada apa boleh dibuktikan. Dia pun tak boleh nak cakap ya atau tidak sebabnya kalau saya cakap ya, dia pula kata tak, dua-dua pun tidak menunjukkan sebarang bukti orang tak boleh nak kata apa.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.