Tak tahulah nak gambarkan perasaan bila baca kisah ni, apa lagi perasaan wanita ini apabila dia perlu melalui detik hitam dan penuh penyeksaan selama lima hari berturut-turut.
Sudah semestinya dia akan mengalami trauma sepanjang hidupnya. Mana taknya, pengalaman yang dia lalui ni memang dahsyat gila.
Kisah ini terjadi kepada seorang wanita berusia 25 tahun dari Teluk Intan, Perak yang telah diculik pada 28 Februari oleh seorang lelaki berusia lewat 20-an.
Menurut The Star, wanita yang bekerja di gerai makan ini telah diculik dan disembunyikan di sebuah rumah di Jalan Laksamana.
Kalau korang nak tahu apa yang menakutkan, selama lima hari wanita ini diculik, dia telah beberapa kali dirogol, dipaksa melakukan seks oral dan diseksa.
“Dia ditampar dipukul dengan kayu pada lengan kanan dan kepalanya dipukul dengan screwdriver. Mangsa juga telah diugut akan dibunuh dan mukanya akan ditoreh dengan pisau, membuatkannya takut untuk melepaskan diri. – Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman
Tak cukup dengan itu, beberapa hari selepas diculik, wanita ini kemudian dibawa ke rumah lain di Jalan Kebun Limau, bagaimana pun dia berjaya melarikan diri selepas penculik meninggalkannya seorang diri.
“Dia berjaya melarikan diri dan meminta tolong orang awam untuk membawanya ke balai polis di Teluk Intan.”
Menurut laporan, penculik wanita ini dikenali sebagai “Nan” yang berasal dari Kampung Bahagia di Perak. Tapi korang tak payah risau, sebab Nan dah pun ditangkap polis.
Malah wanita ini juga telah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan telah dibenarkan pulang ke rumah.
Pengalaman wanita ini sangat mengerikan dan harapnya dia diberi bantuan dari keluarga dan pihak lain untuk sembuh dari kejadian ini dan penculiknya menerima hukuman setimpal.