in

“Hijab terbang?” – Pakai ‘Bodycon Dress’, Netizen Keliru Ameera Khan Masih Berhijab Atau Tidak?

Untitled Design 2022 05 13T171906.454

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila sudah dikenali ramai, apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian, apatah lagi jika seseorang yang terkenal itu melakukan perubahan yang drastik daripada sebelumnya.

Begitulah yang terjadi kepada influencer yang juga merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Ameera Khan.


Sebelum ini influencer yang mempunyai perniagaannya sendiri itu pernah memuat naik posting di Instagramnya memberitahu dia sudah bertudung sepenuhnya, bagaimanapun semalam gadis itu memuat naik beberapa buah gambar yang membuatkan netizen tertanya-tanya.

https://www.instagram.com/p/Cdcg_XRLr5E/?utm_source=ig_web_copy_link

Dalam posting tersebut, Ameera mengenakan bodycon dress dari jenama mewah Fendi yang berkolaborasi dengan jenama mewah lain, Versace. Dress tersebut dikenakan dengan bucket hat tanpa memakai tudung atau selendang.

Posting itu sememangnya membuatkan netizen tertanya-tanya, adakah gadis cantik itu kini sudah free hair?

“Pulak dah dia ni…”

Gambar-gambar yang dimuat naik itu pastinya menarik perhatian netizen. Walaupun Ameera telah menghadkan komen di ruangan komennya tetapi terdapat beberapa orang netizen yang sempat meninggalkan pendapat mereka di situ.

Lmk

Mungkin dia nak berubah perlahan-lahan kot kan?

Baca: “Kering kontang betul” – LMK Dikecam Lagi Kali Ini Sebab Kek Batik Terlalu Kering

Untitled Design 2022 05 13T171733.256

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.