Mereka yang sudah biasa menetap di kawasan luar bandar pastinya berasa sedikit janggal apabila menjejakkan kaki ke bandar. Lebih-lebih lagi jika kawasan luar bandar itu terletak jauh daripada pembangunan.
Kisah yang sama berlaku di Indonesia, seorang pemuda kelihatan sebak dan hampir menangis apabila dibawa oleh rakannya ke pusat membeli-belah buat pertama kali.
Video tular ini dikongsikan di aplikasi TikTok oleh seorang pemuda yang bernama Lukman Zayd. Pada mulanya, dia berasa kasihan dengan rakannya kerana tidak pernah berjalan-jalan di pusat membeli-belah kerana sibuk berkebun dan menetap di kawasan pedalaman.
https://www.tiktok.com/@luckmanzayd/video/6893474061452709122?lang=en
Selepas diajak untuk berjalan-jalan di dalam ‘mall’, rakannya itu kelihatan sungguh sebak. Tangan pemuda ini jelas mempunyai beberapa kesan luka, kesan daripada cangkul semasa berkebun.
Mungkin terlalu gembira, luka yang kecil tidak dirasai jika mahu dibandingkan dengan keseronokan yang dialami.
Lukman juga mempelawa rakannya itu untuk menjamah makanan yang dijual di dalam pusat membeli-belah. Namun, ajakannya ditolak kerana rakannya berpendapat kos makanan yang dijual adalah terlalu mahal.
https://www.tiktok.com/@luckmanzayd/video/6894623733655342337?lang=en
Lalu, mereka berdua akhirnya singgah di warung biasa kerana rakannya lebih selesa untuk makan di situ.
Sahabat yang baik sukar untuk dicari. Jika anda sudah menemui sahabat yang sanggup untuk senang dan susah bersama, jaga hubungan itu dengan sebaik mungkin!
BACA: Guna Bahasa Ibunda Dalam Laman Rasmi, Apple Indonesia Dipuji Netizen